FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerima Kurnia Peribadi Sanjung Tinggi Keprihatinan Kebawah DYMM


DAYANG Nurul Syazwani binti Chuchu, 21, dari Kampung Sungai Kebun yang tergolong sebagai penerima Golongan Orang Berkeperluan Khas (OBK) semasa di temu bual oleh Pelita Brunei.

 


 June 12th, 2018  |  09:09 AM  |   702 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi memberi makna yang begitu berharga kepada para rakyat dan penduduk, khususnya golongan tertentu di negara ini dalam membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

 

Pemberian Kurnia Peribadi itu juga berupaya untuk menampung perbelanjaan seharian mereka, selain daripada sebagai simpanan bagi kegunaan mereka kelak.

 

Pelita Brunei sempat membuat pendekatan bersama beberapa orang penerima pada Majlis Penyampaian Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada golongan tertentu bagi Daerah Brunei dan Muara yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

 

Dayang Nurul Syazwani binti Chuchu, 21, menetap di Kampung Sungai Kebun yang tergolong sebagai penerima Golongan Orang Berkeperluan Khas (OBK) melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas Kurnia Peribadi Kebawah DYMM.

 

Sejak menerima kurnia tiga tahun yang lalu katanya, beliau sangat bersyukur dengan adanya rezeki daripada Allah Subhanahu Wata'ala bagi anaknya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

 

Bagi Dayang Siti Noridah Meesurani binti Abdullah, 15, pula menjelaskan sebagai penerima Golongan Anak Yatim bersama enam adik-beradiknya yang lain juga turut melahirkan rasa syukur atas Kurnia Peribadi tersebut.

 

Beliau yang menetap di Kampung Sungai Pandan itu seterusnya berkata, akan membelanjakan Kurnia Peribadi bagi keperluan yang penting sahaja dan seterusnya akan menyimpan bakinya bagi kegunaan kemudian hari.

 

''Kami bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang sangat prihatin dan bermurah hati dalam membantu rakyat dan penduduknya,'' ujarnya.

 

Sementara itu, dua adik-beradik, Awang Md. Ikhwan Zakwan bin Haji Muhammad, 11 dan Awang Md. Irwan Zikry bin Haji Muhammad, 9 dari Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba masing-masing melahirkan rasa gembira dan menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas Kurnia Peribadi baginda yang dapat meringankan perbelanjaan harian mereka.

 

Menurut Awang Md. Ikhwan Zakwan, kurnia tersebut akan digunakan dengan sebaik-baiknya, dan keutamaan akan diberikan dalam membeli barang-barang keperluan tertentu seperti barangan sekolahnya.

 

Mereka berdua ditemani ibu dan tiga adik-beradik mereka yang lain juga sebagai penerima Golongan Anak Yatim, di mana mereka yang menerima kurnia buat kali kedua tersebut berasakan Kebawah DYMM merupakan seorang raja yang sungguh prihatin serta sentiasa mengambil berat terhadap orang-orang yang memerlukan bantuan di negara ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07