Home > Bahasa Melayu
Cari Keberkatan 10 Malam Terakhir Dengan Khatam Al-Quran
ANTARA Ahli Kumpulan Group WhatsApp Saudara Ku Kampung Setia yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Bertahlil dan Berbuka Puasa.
June 12th, 2018 | 09:15 AM | 152 views
SENGKURONG
Bagi mencari keberkatan pada 10 malam terakhir bulan Ramadan, pelbagai pihak mengambil manafaat dan kemuliannya dengan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran.
Antaranya, Kumpulan Group WhatsApp Saudara Ku Kampung Setia mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Bertahlil dan Berbuka Puasa kelmarin, berlangsung di kediaman salah seorang ahli, iaitu Awang Haji Taman bin Haji Asmat, di sini.
Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Haji Zulhilmi bin Haji Lakat, disusuli dengan Khatam Al-Quran beramai-ramai dengan membaca daripada Surah Adh-Dhuha hingga Surah An-Nas serta bacaan Takhtim dan Doa Khatam.
Ia diikuti denga Bertahlil dan Doa Arwah yang dikhususkan kepada ahli-ahli keluarga penduduk Kampung Rangau dan Kampung Setia yang telah kembali ke rahmatullah.
Majlis yang dianjurkan oleh ahli-ahli Kumpulan Group WhatsApp Saudara Ku Kampung Setia tersebut adalah sebagai susulan Majlis Tadarus dari rumah ke rumah dalam kalangan ahli yang bermula pada 27 Mei lalu.
Aktiviti seumpama itu akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan, di samping aktiviti dan projek amal kebajikan lainnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]