Home > Bahasa Melayu
Program Asuhan Kerohanian Ppnbd Kali Ke-5
SEBAHAGIAN daripada aktiviti Program Asuhan Kerohanian ke-5 yang berlangsung di Bilik Persidangan, Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) dan Balai Ibadah PPNBD di Jalan Gadong
June 12th, 2018 | 09:17 AM | 147 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Lebih 30 ahli Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana berjaya menamatkan Program Asuhan Kerohanian Ke-5 yang berlangsung di Bilik Persidangan, Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) dan Balai Ibadah PPNBD di Jalan Gadong.
Mereka menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.
Turut hadir ialah pesuruhjaya-pesuruhjaya pengakap dan para pemimpin pasukan pengakap.
Ia merupakan program keagamaan anjuran PPNBD melalui Bahagian Keugamaan dengan kerjasama Pasukan Pengakap Kelana Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan dan Pasukan Pengakap Kelana 1033 dan "Messengers of Peace" Brunei, dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang agama Islam dan melahirkan insan yang bertanggungjawab dalam membuat amal kebajikan, di samping itu untuk memanfaatkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Program kerohanian selama tiga hari itu memberikan peluang kepada peserta untuk mendengarkan ceramah keagamaan.
Selain itu, para peserta juga didedahkan tentang tatacara menghalusi solat yang disampaikan oleh penuntut-penuntut daripada KUPUSB.
Program juga disikan dengan bertadarus Al-Quran, berbuka puasa, sembahyang tarawih, qiamullail, terapi jiwa (kesedaran menyayangi ibu bapa), dan kerja kemasyarakatan bagi membersihkan Balai Ibadah PPNBD.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]