Home > Bahasa Melayu
60 Belia Sertai Program Selangkah Ke Jannah 3.0
SESI bergambar ramai bersama para peserta Program Selangkah ke Jannah 3.0: Menuju Belia Berwawasan anjuran Belia Ashaabul Haliim, Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik
June 13th, 2018 | 08:54 AM | 252 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis penutup Program Selangkah ke Jannah 3.0: Menuju Belia Berwawasan anjuran Belia Ashaabul Haliim, Masjid Pengiran Muda Abdul Malik telah berlangsung pada 10 Jun lepas di Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampung Tungku Katok.
Hadir selaku tetamu Kehormat majlis ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong, Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Nawi yang juga Penceramah Kelulusan Majlis Ugama Islam Brunei.
Program tersebut telah diadakan bermula dari 8 hingga 10 Jun 2018 yang dihadiri seramai 60 peserta terdiri daripada 30 lelaki dan 30 perempuan.
Program tersebut bertujuan untuk menggalakkan para remaja dan belia mengimarahkan masjid mengikut aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]