FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


8 Penerima Biasiswa Pegawai Trafik Udara Tamat Latihan MAVA


LAPAN orang di bawah skim biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berjaya menamatkan latihan di Akademi Penerbangan Awam Malaysia (MAVA) pada 7 Jun lalu

 


 June 13th, 2018  |  08:57 AM  |   905 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai lapan orang di bawah skim biasiswa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berjaya menamatkan latihan di Akademi Penerbangan Awam Malaysia (MAVA) pada 7 Jun lalu.

 

Latihan Trafik Udara yang dijalani selama enam bulan tersebut telah bermula pada 22 Januari 2018 hingga 7 Jun 2018 yang menjurus kepada latihan asas kawalan trafik udara dan pengendaliannya.

 

Para penerima biasiswa pegawai trafik udara ini adalah di bawah jalinan kerjasama di antara Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan dan Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan.

 

Skim tersebut merupakan inisiatif Jabatan Penerbangan Awam dalam menyediakan pegawai-pegawai trafik udara yang mencukupi di negara ini sejajar dengan matlamat memastikan keselamatan (safety) penerbangan awam dan orang ramai.

 

Untuk mendapatkan pegawai trafik udara yang berkelayakan, setiap pegawai perlu menjalani progam latihan trafik udara khusus. Jangka masa program latihan berkenaan bergantung kepada kebolehan individu. Selain latihan teori, setiap pegawai juga perlu menjalani latihan amali, di samping menjalani peperiksaan bertulis dan ujian kecekapan.

 

Para penerima biasiswa berkenaan seterusnya akan mengikuti fasa kedua program latihan di Pusat Kawalan Lalu Lintas Udara di negara ini selama enam bulan bermula 21 Jun 2018.

 

Melalui skim tersebut, mereka dihasratkan akan menjadi pegawai trafik udara yang berlesen pada penghujung latihan ini.

 

Penerima-penerima biasiswa yang berjaya mendapatkan lesen dalam tempoh yang ditetapkan akan ditawarkan jawatan tetap sebagai Pegawai Trafik Udara dalam Bahagian Perkhidmatan Trafik Udara Jabatan Penerbangan Awam. 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48