FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan Mengejut JPKE Di Premis Perniagaan Di Daerah Tutong


LAWATAN mengejut tersebut diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad.

 


 June 13th, 2018  |  09:13 AM  |   282 views

TUTONG

 

Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri melalui Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan lawatan mengejut ke premis-premis perniagaan di Daerah Tutong.

 

Lawatan mengejut tersebut merupakan kesinambungan daripada lawatan-lawatan yang meliputi semua daerah di negara ini dengan objektif utama bagi memastikan harga barangan terkawal di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142, termasuk harga minyak masak, susu tepung berformula, beras dan gula tidak melebihi harga maksima yang ditetapkan. Juga termasuk di dalam pemeriksaan tersebut adalah 13 kategori makanan yang dipilih semasa musim perayaan. Barangan makanan tersebut termasuk ayam bulat; telur ayam; mentega; marjerin; minyak sapi; tepung; susu pekat, cair dan krim; santan pekat, krim dan serbuk; sapuan coklat hazelnut; serbuk cili udang kering; dan kulit popia. Penetapan harga maksima bagi 13 kategori makanan tersebut telah ditetapkan bermula dari 1 Ramadan hingga 7 Syawal 1439 Hijrah.

 

Lawatan juga meliputi pemeriksaan ke atas kepatuhan terhadap peraturan-peraturan tanda harga dan jualan murah di bawah Perintah Kawalan Harga (Paparan Tanda Harga) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Harga (Harga Jualan Murah).

 

Lawatan mengejut tersebut diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad.

 

Turut mengiringi ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Dayang Hajah Mariah binti Awang Haji Yahya.

 

Semasa lawatan berkenaan, empat buah syarikat perniagaan telah didapati melakukan beberapa kesalahan.

 

Sebuah syarikat perniagaan telah dikeluarkan kompaun sebanyak BND700 bagi kesalahan kali ketiga iaitu tidak mempamerkan tanda harga ke atas beberapa barangan yang dijual. Premis yang sama juga dikeluarkan surat amaran bagi kesalahan menjual santan serbuk melebihi harga maksima yang ditetapkan oleh JPKE semasa musim perayaan.

 

Manakala, sebuah syarikat perniagaan dikeluarkan kompaun sebanyak BND500 bagi kesalahan kali kedua iaitu menjual minyak masak dan susu tepung formula melebihi harga maksima di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142.

 

Premis tersebut juga dikeluarkan notis amaran di bawah Perintah Kawalan Harga (Paparan Tanda Harga) bagi kesalahan tidak mempamerkan tanda harga ke atas beberapa barangan makanan.

 

Dua syarikat perniagaan yang lain dikeluarkan notis amaran bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga (Harga Jualan Murah) iaitu menawarkan barangan jualan murah yang tidak selaras dengan maklumat yang dihadapkan kepada JPKE.

 

Semasa lawatan, pihak JPKE menasihatkan para peniaga agar mematuhi harga maksima yang ditetapkan semasa musim perayaan serta mempamer dan meletakkan tanda harga dengan betul dan jelas. Selain itu, syarikat perniagaan juga ditekankan untuk tidak menggunakan strategi jualan promosi yang mengelirukan sepertimana yang telah didapati semasa lawatan mengejut tersebut.

 

Adalah menjadi satu kewajipan para peniaga untuk mempamerkan tanda harga dan menjalankan aktiviti jualan promosi dengan telus di bawah Perintah Kawalan Harga (Paparan Tanda Harga) dan Perintah Perlindungan Pengguna (Perdagangan Wajar) 2011.

 

JPKE berterusan secara rutin menjalankan pemeriksaan harga barangan terkawal di bawah Akta Kawalan Harga di semua daerah setiap hari. Secara purata, sebanyak 240 buah premis berlainan diperiksa secara berjadual setiap bulan. Ini termasuk 200 buah premis di Daerah Brunei Muara; 15 buah premis di Daerah Belait; 15 buah premis di Daerah Tutong dan 5 buah premis di Daerah Temburong.

 

Skop pemeriksaan termasuk paparan tanda harga dan aktiviti jualan murah yang bertujuan bagi mengelakkan strategi jualan yang tidak beretika oleh syarikat perniagaan yang boleh mengelirukan pengguna.

 

Syarikat perniagaan yang didapati menjual barangan yang dikawal harga melebihi harga maksima yang ditetapkan akan dikeluarkan notis amaran bagi kesalahan pertama dan kompaun tidak lebih BND1,000 bagi kesalahan seterusnya.

 

Bagi kesalahan selanjutnya boleh dibawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman iaitu denda sebanyak BND5,000 dan penjara 2 tahun bagi kesalahan pertama atau denda sebanyak BND20,000 dan penjara 5 tahun bagi kesalahan berulang.

 

JPKE menetapkan harga maksima bagi 4 jenis barangan iaitu minyak masak, susu tepung berformula, kenderaan bermotor penumpang dan bata tanah liat. Barangan selain daripada yang tersenarai dalam Akta adalah ditentukan harganya oleh peniaga melalui bekalan (supply) dan permintaan (demand) dalam pasaran. Ini adalah bagi memastikan dan mengekalkan persekitaran perniagaan yang sihat dan adil di Negara Brunei Darussalam.

 

Dalam kesempatan ini, JPKE menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan konsep "Pengguna Bijak" iaitu dengan membuat perbandingan harga di beberapa premis pernigaan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian bagi mendapatkan nilai harga yang terbaik. Perbandingan harga bagi barangan keperluan dari beberapa premis perniagaan boleh diakses melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak/SmartConsumer.

 

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan JPKE melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak/SmartConsumer atau melalui Talian telefon 2230223 (waktu pejabat), Emel kepada [email protected] atau [email protected], www.facebook.com/AduanPenggunaJPKE atau berhubung terus ke pejabat JPKE di Jabatan Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna, Bilik 3.06, Tingkat 3, West Wing, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Blok 2A, Jalan Ong Sum Ping.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48