FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BIBD Serahkan Wang Zakat Perniagaan, Pelanggan


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei menerima wang zakat perniagaannya bagi tahun 2017

 


 June 13th, 2018  |  09:18 AM  |   238 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) merupakan Badan Ugama Islam yang tertinggi di negara ini yang mempunyai bidang kuasa dalam pengurusan dan pengendalian kutipan dan agihan wang zakat, iaitu berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77, Pindaan 1984, iaitu menerusi bab-bab 114 hingga 121 dan juga Peraturan Zakat dan Fitrah 1969.

 

Hari ini Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2017 berjumlah BND2,191,839.84 oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof selaku Pengerusi Badan Penasihat Syariah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).

 

Turut diselajurkan juga ialah penyerahan zakat pelanggan-pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) yang berjumlah sebanyak BND721,168.49  oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Mubashar Khokhar.

 

Kedua-dua wang zakat tersebut diterima oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Yang Di-Pertua MUIB.

 

Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, selaku Naib Yang Di-Pertua MUIB; Timbalan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin selaku Timbalan Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD; Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam, Awang Haji Abd. Aziz bin Haji Akop; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan Badan Penasihat Syariah BIBD; pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Majlis Ugama Islam dan BIBD.

 

Wang zakat yang diterima ini akan diagihkan kepada asnaf zakat yang berhak di Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada asnaf fakir miskin, mualaf, amil, al-gharimin dan ibnu sabil.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48