FacebookInstagramTwitterContact

 

6 Mental Illnesses That Could See Improvements From Taking Inositol           >>           11 Must-Have “Forever Foods” For Your Ultimate Pantry Prep           >>           Prepping inventory: Which items are the right ones to overstock?           >>           Dovbyk Hat Trick Helps Girona End Season With 7-0 Win           >>           Bayern Leverkusen Now Have More 'Hunger' For DFB Pokal Final           >>           Real Madrid Pip Man United To Be Named Most Valuable Club           >>           Newcastle Thrashed 8-0 During Post-Season Tour Of Australia           >>           Arsenal Edge A-League Women In Friendly Match           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>           Spacex Targeting June 5 For 4th Test Flight Of Starship Megarocket           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berita Palsu Lahirkan Impak Negatif


HADIR selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman juga selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong serta Pemangku Ketua Kampung Serasa / Rancanga

 


 June 13th, 2018  |  09:24 AM  |   694 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam era digital yang serba canggih ini, tidak dinafikan bahawa maklumat dapat disampaikan dan disebarkan dengan pantas melalui medium komunikasi canggih, terutama dengan kewujudan aplikasi-aplikasi pada telefon pintar yang mana beberapa kejadian telah didapati bahawa maklumat yang disampaikan adalah palsu.

 

Sehubungan itu, bagi meningkatkan kesedaran akan impak negatif dalam penyebaran berita palsu, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Media dengan kerjasama Brunei Darussalam Library Association (BLA) mengendalikan Seminar Penyebaran Berita Palsu, bertempat di Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, JPM, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya merasmikan seminar tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman juga selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong serta Pemangku Ketua Kampung Serasa / Rancangan Perumahan Negara Serasa.

 

Antara objektif seminar ialah bagi mengenal pasti langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak-pihak yang berwajib bagi menangani isu sebegini, selain mengetahui akan tanggungjawab semua netizen atau masyarakat awam, untuk sama-sama menjaga keharmonian serta keselamatan negara dengan memeriksa dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayainya dan disebarkan kepada masyarakat amnya.

 

Isi kandungan seminar disampaikan oleh agensi–agensi terdiri dari Bahagian Media dan Kabinet, JPM; Jabatan Penerangan; Pasukan Polis Diraja Brunei; Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

 

Peserta yang menghadiri seminar terdiri dari pengamal media, pegawai dan pengamal perhubungan awam serta pustakawan.

 

Penyebaran maklumat palsu boleh menimbulkan rasa takut dan cemas di kalangan orang ramai, selain menimbulkan suasana tegang yang tidak menyenangkan dan menyelewengkan fakta.

 

Dalam penggal 24 Akta Hasutan Seksyen 4 (1), iaitu sesiapa sahaja melakukan atau mencuba untuk melakukan atau menyediakan atau bersubahat untuk menjalankan hasutan menggunakan perkataan yang merupakan hasutan; mencetak semula sebarang hasutan; serta membawa masuk sebarang warta yang berbentuk hasutan, kecuali dia tidak mempunyai sangkaan bahawa ia berbentuk hasutan, adalah dianggap melakukan kesalahan.

 

Mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda BND5,000, bagi kesalahan pertama, dan bagi kesalahan yang sama dilakukan seterusnya akan dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda, dan sebarang bentuk hasutan akan dirampas dan dimusnahkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

An Indian Tale Of Love And Sisterhood Unfolds At Cannes

 2024-05-25 10:13:36

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06