FacebookInstagramTwitterContact

 

Is Work Making You Stressed? Study Shows Aromatherapy Can Help           >>           Naturally Manage Your Blood Cholesterol With Fenugreek Seeds           >>           Stroke Patients Can Strengthen Their Brain Function With Ginseng           >>           Cat Swallows 5p Coin While Playing With It - And Is 'Lucky To Be Alive'           >>           Crocodile That Lunged At Children Caught And Cooked Into ‘Large Traditional Feast’           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Grab Your Notebook And Jot Down Ryan Gosling's Sweet Quotes About Fatherhood           >>           Cheers To Anderson Cooper And Andy Cohen's Cutest Dad Moments           >>           Spacex Falcon 9 Rocket Suffers Rare Last-Second Abort During Starlink Satellite Launch (Video)           >>           Apple Reportedly Has Plans For A Thinner Iphone, Macbook Pro And Apple Watch           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Penutup Tadarus Al-Quran Kheu


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup Tadarus dan Khatam di Masjid Omar 'Ali

 


 June 13th, 2018  |  09:44 AM  |   331 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Majlis Tadarus yang diadakan di Masjid, Surau dan Balai-balai Ibadat seluruh negara yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sempena bulan Ramadan 1439 Hijrah / 2018 Masihi, berakhir malam ini dengan Majlis Penutup Tadarus dan Khatam di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Tadarus Al-Quran di Masjid, Surau dan Balai-balai Ibadat adalah salah satu syiar untuk memakmurkan masjid, surau dan balai ibadat di negara ini, dalam suasana masyarakat Islam, tanpa mengira peringkat umur, sama-sama memperdengarkan bacaan Al-Quran, sekali gus mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menyemarakkan bulan yang penuh berkat ini dengan amal ibadat semata-mata bagi meraih keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap KHEU; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) KHEU dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat majlis dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh Awang Mohd. Zulhafiz bin Haji Awang Tengah, tenaga pengajar Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

 

Manakala Tadabbur Al-Quran disampaikan oleh Pegawai Ugama Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok, Pengiran Haji Mohd. Norhadi bin Pengiran Haji Bungsu.

 

Seterusnya bacaan Takhtim secara beramai dipimpin oleh Pegawai-pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid serta Pegawai Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU.

 

Manakala Doa Khatam dibacakan oleh Mudim Haji Metassim bin Haji Metussin dan bagi memberkati majlis, bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam telah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang.

 

Majlis Penutup Tadarus Al-Quran Bagi Masjid / Surau / Balai Ibadat Seluruh Negara tersebut telah dikendalikan oleh KHEU melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar 'Ali Saifuddien dan Radio Televisyen Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'I Feel Broken': Inside The Mind Of The Woman Who Ran 1,000km In 12 Days

 2024-06-17 00:48:13

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27