Home > Bahasa Melayu
49 Anak Yatim JBP Terima Sumbangan
PEMANGKU Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin ketika menyampaikan derma kepada anak yatim yang diraikan.
June 14th, 2018 | 09:10 AM | 227 views
BERAKAS
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengadakan Majlis Penutup Tadarus (Khatam Al-Quran) dan Meraikan Saudara Baharu serta Penyampaian Derma kepada anak-anak yatim pegawai, anggota serta kakitangan JBP di Surau Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas.
Majlis dimulakan dengan Penutup Tadarus Khatam Al-Quran dan bacaan Takhtim serta Doa Khatam Al-Quran.
Ia diikuti dengan Dikir Marhaban bagi meraikan saudara baharu di jabatan ini, iaitu seorang anggota bomba wanita dari Pusat Gerakan yang memilih nama Islamnya Nur Aleesya Qaisara binti Abdullah Imau.
Acara diteruskan dengan Penyampaian Derma kepada seramai 49 anak yatim yang disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said.
Sumbangan derma tersebut diharap dapat membantu anak-anak yatim dalam sama-sama menyediakan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Antara yang hadir Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lim Hock Guan, penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan JBP.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]