FacebookInstagramTwitterContact

 

Justin Timberlake Admits 'Tough Week' After Arrest           >>           Niger Confirms Anti-Junta Rebels Behind Oil Attack           >>           Bangladesh Reels From Surge In Snake Bites           >>           Rob Lowe Reveals How Parks And Recreation Cast Stays In Touch           >>           Kim Kardashian Reveals How Botox Has Impacted Acting Career           >>           Shopper's Horror As Tomato 'Full Of Worms' – Turns Out They're Something Very Different           >>           I Live With A Haunted Doll Possessed By A Woman Who Was Killed By Her Husband           >>           Study: The Mediterranean Diet Benefits Adults Of Any Age           >>           Snacking On Superfoods: What Are Activated Almonds And Why Are They Good For You?           >>           The 5 Best Foods To Boost Your Brain Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Meriah Berhari Raya Di Istana Nurul Iman


MOHAMMAD Syazwan Faiz bin Wahab, dari Jabatan kerja Raya (kanan) bersama rakan-rakan sekerja ketika menghadiri Majlis Junjung Ziarah pada hari pertama Istana Nurul Iman dibuka bagi kunjungan orang ramai.

 


 June 17th, 2018  |  10:03 AM  |   1473 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sudah menjadi kelaziman apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, tradisi kunjung mengunjungi dan ziarah menziarahi bagi mengukuhkan silaturahim dalam kalangan rakyat juga penduduk mahupun para pembesar negara dan raja yang dikasihi telah menjadi tradisi di negara ini.

 

Peluang sedemikian dimanfaatkan oleh rakyat dan penduduk di negara ini untuk berkunjung dan junjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

 

Pelita Brunei berkesempatan menemubual beberapa orang warga perkhidmatan awam yang ditemui semasa Hari Pertama Istana Nurul Iman dibukakan bagi kunjungan orang ramai.

 

Mohammad Syazwan Faiz bin Wahab, dari Jabatan kerja Raya menjelaskan ini adalah pertama kali beliau junjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan kerabat diraja semasa Hari Raya Aidilfitri.

 

Beliau yang datang bersama rakan-rakan setugasnya menjelaskan, konsep Istana Terbuka ini memberi peluang bagi segenap lapisan rakyat dan penduduk, untuk menjunjung ziarah serta menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ke hadapan majlis baginda sekeluarga.

 

Sementara itu, Pegawai Turus dan Perhubungan Awam Cawangan Operasi 'F' Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Pegawai Balai Pengiran Haji Ali Abd. Rahman bin Pengiran Haji Halus yang bertugas semasa Istana Terbuka tahun ini berkata, junjung ziarah bagi pegawai-pegawai dan anggota beruniform selalunya akan diadakan pada hari raya ketiga.

 

Menurutnya, setiap tahun beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk junjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain bersama pegawai-pegawai dan anggota dari JBP.

 

''Konsep Istana Terbuka ini adalah unik kerana ianya bukan saja memberi peluang kepada rakyat dan penduduk negara ini malahan warga asing dan pelancong juga dialu-alukan untuk berkunjung dan berjunjung ziarah,'' jelasnya.

 

Dayang Norhasdianawati binti Jakaria, yang bertugas sebagai Atendan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pula hadir berjunjung ziarah bersama keluarganya.

 

Beliau sangat teruja kerana dapat membawa keluarganya berjunjung ziarah ke Istana Nurul Iman buat kali pertama.

 

''Yang paling gembira sekali ialah anak-anak saya kerana mereka sudah lama mengimpikan untuk dapat bersemuka dengan Kebawah DYMM dan ahli kerabat diraja yang lain,'' jelasnya.

 

Menyentuh mengenai suasana hari raya di Istana Nurul Iman, beliau berkata, suasananya adalah sangat meriah dan menggembirakan, kerana bukan sahaja rakyat dan penduduk negara ini datang berkunjung, malahan para pelancong asing juga turut sama-sama meraih peluang berhari raya bersama kerabat diraja.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by BruDirect.com

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bangladesh Reels From Surge In Snake Bites

 2024-06-23 02:35:05

Government Borrowing In May Is Highest Since Covid

 2024-06-22 02:36:29