Home > Bahasa Melayu
Warga Asing Teruja Berkunjung Ke Istana Terbuka
PENGUNJUNG warga India, Abu Talaha (tengah) bersama rakan-rakan berkunjung ke Istana Nurul Iman bagi Majlis Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan kerabat diraja.
June 17th, 2018 | 10:09 AM |
343 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Berkunjung ke Istana Nurul Iman pada Majlis Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri sememangnya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh rakyat dan penduduk, malah pengunjung dari luar.
Istana Nurul Iman dibuka bagi kunjungan orang ramai tiga hari berturut-turut bermula hari raya kedua, menerima ribuan pengunjung yang datang sejak awal pagi.
Warga asing yang berada di negara ini turut mengambil kesempatan ke acara Istana Terbuka bagi merasakan kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri.
Bagi Abu Talaha, 24 tahun yang berasal dari India, merasa teruja kerana berpeluang berkunjung ke Istana Terbuka.
''Sejak awal pagi lagi saya dan kawan-kawan sudah bersiap sedia menaiki kenderaan menuju Istana Nurul Iman", jelasnya ketika ditemubual oleh Pelita Brunei.
Sementara itu, Umul Barokah Ahmad Saifi, warga Indonesia yang baharu setahun bekerja di negara ini berkata, Istana Terbuka adalah peluang keemasan untuk menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain.
''Istana Terbuka setentunya dapat mengeratkan lagi hubungan mesra di antara pemimpin dan rakyat,'' ujarnya.
Selain dapat menikmati pelbagai juadah yang tersedia, para pengunjung ke Istana Terbuka juga membawa pulang 'buah tangan' sebagai kenangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]