Home > Bahasa Melayu
Rumah Terbuka Eratkan Silaturahim
YANG Berhormat Menteri HEU beramah mesra bersama Perwakilan-Perwakilan Luar Negara ke Negara Brunei Darussalam.
June 17th, 2018 | 10:14 AM | 367 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Setelah genap sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan, menahan lapar dan dahaga, tibalah hari kemenangan bagi umat Islam Hari Raya Aidilfitri, hari untuk kita bergembira bersama keluarga dan sahabat handai juga taulan, saling kunjung-mengunjungi rumah terbuka serta mengeratkan silaturahim.
Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijrah di kediaman Yang Berhormat, di Kampung Sungai Besar, Jalan Kota Batu, di sini.
Majlis dihadiri oleh Perwakilan-perwakilan Luar Negara ke Negara Brunei Darussalam, pegawai-pegawai kerajaan, pegawai dan kakitangan syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan serta warga Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Ia bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, terutamanya di antara keluarga juga rakan-rakan serta meningkatkan persaudaraan, yang mana dengan adanya konsep rumah terbuka itu, umat Islam dapat mengeratkan persaudaraan dan persahabatan, di samping memperbaiki jalinan sesama insan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]