FacebookInstagramTwitterContact

 

Final of National Level Musabaqah Al-Qur'an Reading for Adults           >>           Issue of Mental Symptoms           >>           Matter of Self-Development with Al-Qur'an           >>           Tackle Mental Symptoms with Al-Qur'an           >>           6 Nutritious Sources Of Plant Protein For Vegans And Vegetarians           >>           Resveratrol Can Help Treat Alcoholic Fatty Liver Disease           >>           Tiktoker Remi Bader Reveals Before-And-After Of Fitness Transformation After Quitting Ozempic           >>           Sous Vide Machines Aren't Haute Cuisine, They're Millennial Crockpots — And That's Why They're Perfect           >>           Meta And Google Want To Make AI Deals With Hollywood Studios           >>           Phoenix Suns Co-Owner Among New Portland Thorns Investors           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Junjung Ziarah Manifestasi Kasih Raja Kepada Rakyat


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakand

 


 June 19th, 2018  |  13:16 PM  |   445 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Istana Nurul Iman menerima kunjungan seramai 17,775 orang  bagi  menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja yang lain di Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri pada  sebelah pagi hari ketiga istana dibukakan bagi kunjungan orang ramai.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki.

 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda-adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Turut berangkat kerabat diraja yang lain.

 

Manakala di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima junjung ziarah pengunjung wanita.

 

Berangkat sama menerima junjung ziarah ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah;  Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat  Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. Juga berangkat cucunda-cucunda Kebawah DYMM.

 

Para pengunjung yang terdiri dari penjawat-penjawat awam dan swasta, persatuan-persatuan, para pelancong asing dan orang ramai terlebih dahulu dijemput untuk menikmati beraneka jamuan yang telah disediakan dan sebaik sahaja selesai menjunjung ziarah masing-masing akan diberikan cenderamata kenangan untuk dibawa pulang.

 

Setentunya pengalaman yang berharga ini akan menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung, lebih-lebih lagi berpeluang untuk bersemuka dengan seorang raja yang sangat pengasih dan pemedulian terhadap kebajikan rakyatnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China's Drills Show It Really Doesn't Like Taiwan's New President

 2024-05-24 00:19:39

Mike Lynch Defends Himself In Autonomy Fraud Trial

 2024-05-24 09:52:47