Home > Bahasa Melayu
Raikan Aidilfitri, Jangan Sampai Lupa Kewajiban
SOLAT merupakan satu ibadat yang wajib ke atas setiap umat Islam yang mukallaf, di mana kita diwajibkan mengerjakan atau mendirikan ibadat solat lima waktu sehari semalam.
June 21st, 2018 | 08:18 AM | 224 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Solat atau sembahyang merupakan tiang agama yang termasuk dalam rukun Islam yang kedua.
Solat juga merupakan satu ibadat yang wajib ke atas setiap umat Islam yang mukallaf, di mana kita diwajibkan mengerjakan atau mendirikan ibadat solat lima waktu sehari semalam.
Dalam khutbah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439 Hijrah menyentuh yang berbunyi, ''Adalah tidak salah untuk bersuka ria, tetapi janganlah sampai sehingga ke tahap lalai dan lupa. Kerana lalai dan lupa itu 100 peratus keduniaan, sementara sedar dan ingat pula lambang keakhiratan''.
Justeru itu, dalam kesibukan meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, janganlah kita lalai atau leka untuk melakukan amal ibadah dan ini termasuklah mengerjakan kewajiban sembahyang.
Semasa pendekatan Pelita Brunei, Dayangku Rabia'tun Nabilah binti Pengiran Haji Ismail berpendapat, memang wajar untuk kita meraikan Syawal sebagai bulan kemenangan umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadan, namun kita juga wajib menunaikan suruhan-Nya.
"Ibadah kitani seperti sembahyang adalah penting sebagai kunci dan bekalan hidup untuk menuju ke akhirat kelak," tambahnya.
Oleh yang demikian, kita selaku rakyat serta penduduk di negara ini hendaklah sama-sama beringat agar tidak terjerumus dalam keduniaan sehingga melupakan ibadah dan ketakwaan masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]