Home > Bahasa Melayu
Syiar Islam Terus Bersinar
HADIR selaku tetamu kehormat dan menyaksikan Majlis Pengislaman tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Mohd. Yussof.
June 22nd, 2018 | 09:01 AM | 880 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Syiar Islam terus bersinar di Negara Brunei Darussalam ini dengan berlangsungnya Majlis Pengislaman seorang lelaki berbangsa Filipina yang berlangsung di Masjid Kampung Lambak, Berakas, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan Majlis Pengislaman tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Mohd. Yussof.
Juga hadir, Pemangku Pengarah PDI, Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.
Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan lafaz dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh Awang Segundo Gabriel Garcia yang telah memilih nama Islamnya sebagai Awang Abdul Aziz Garcia.
Majlis Pengislaman disempurnakan oleh pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman, Bahagian Pengembangan Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah (PDI).
Semasa ditemui, Awang Abdul Aziz Garcia, 52 tahun, menyatakan hasrat untuk memeluk Islam sejak tujuh tahun lalu semasa beliau bertugas di Arab Saudi.
Dari Januari hingga Mei 2018, seramai 200 orang telah memeluk ugama Islam di seluruh negara, di mana 103 orang daripadanya memeluk Islam di Daerah Brunei dan Muara.
Sementara itu, sepanjang tahun 2017 seramai 409 orang telah memeluk ugama Islam di seluruh negara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]