Home > Bahasa Melayu
Majlis Ramah Mesra Bersama Pesakit Hospital RIPAS
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar serta Datin selaku tetamu kehormat majlis semasa menyampaikan cenderhati kepada pesakit yang berada di wad Hospital RIPAS.
June 22nd, 2018 | 09:04 AM | 1440 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pagi tadi mengadakan Majlis Penyampaian Cenderahati Raya bagi pesakit-pesakit Wad 19, 21, 22 dan Wad Obstetrik & Pediatrik (Wad 30 dan Wad Acute Pediatrik Unit) serta Majlis Ramah Mesra bersama pegawai dan kakitangan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, yang berlangsung di Ruang Legar Blok 5, RIPAS.
Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar serta Datin.
Sebanyak 116 bungkusan Aidilfitri disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan kepada pesakit di wad-wad tersebut yang bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana Hari Raya bersama pesakit-pesakit serta keluarga.
Majlis antaranya bertujuan untuk memberikan pemedulian dan perhatian berterusan terhadap mereka yang sedang menerima rawatan di hospital.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan penyampaian cenderahati Aidilfitri dan sampul hijau.
Sejurus selesai penyampaian cenderahati kepada pesakit di wad-wad, majlis diteruskan dengan Majlis Ramah Mesra sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Majlis tersebut juga dihasratkan dapat memberikan peluang bagi memohon kemaafan di antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan para pegawai dan kakitangan.
Turut hadir, Setiausaha Tetap; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan dan pegawai serta kakitangan Kementerian Kesihatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]