Home > Bahasa Melayu
Berkenan Menerima Mengadap Secara Berasingan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Shuryani
June 22nd, 2018 | 09:07 AM | 348 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri Ketua Menteri Sabah dan isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam secara berasingan.
Majlis Mengadap berlangsung di Istana Nurul Iman.
Mula-mula, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap isteri Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Shuryani binti Shuaib.
Baginda seterusnya berkenan menerima mengadap isteri Tuan Yang Terutama Craig B. Allen, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Puan Micheline R. Tusenius.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]