FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat Ke Majlis Tamat Pengajian JIS


KEBAWAH DYMM semasa berkenan berangkat melawat bilik pembelajaran di Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

 


 June 23rd, 2018  |  08:53 AM  |   597 views

JERUDONG

 

Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) hari ini meraikan seramai 82 pelajar Tahun 6 atas pencapaian akademik mereka pada Majlis Tamat Pengajian bagi Peringkat Rendah JIS.

 

Antara yang menerima sijil ialah anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 

Berangkat pada majlis tersebut ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Auditorium Pusat Kesenian JIS dijunjung oleh Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah JIS; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Haji Ahmad dan Datin Paduka Magdalene Chong selaku Ahli-ahli Lembaga Pengarah JIS serta Pengetua JIS, Mr.Barnaby Sandow.

 

Turut sama menjunjung keberangkatan baginda ialah paduka-paduka anakanda baginda, DYTM Paduka Seri

 

Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan.

 

Sejurus keberangkatan, Kebawah DYMM bersama Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung bergambar ramai bersama pelajar-pelajar Tahun 6 dan seterusnya dijunjung menyaksikan Pameran Kesenian dan Teknologi yang dihasilkan oleh para pelajar Sekolah Rendah JIS.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Raja Isteri kemudiannya berkenan menyaksikan Majlis Penganugerahan Sijil-sijil Tamat Pengajian kepada pelajar-pelajar Tahun 6 yang terdiri daripada empat buah kelas, iaitu 6B, 6L, 6M dan 6W yang disempurnakan oleh guru-guru kelas berkenaan.

 

Majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan termasuk trumpet solo, piano dan nyanyian daripada para pelajar Tahun 6 yang diraikan.

 

Dari Auditorium, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan berangkat bagi atur cara berasingan di sekolah berkenaan.

 

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan meninjau beberapa kemudahan sekolah termasuk bilik darjah.

 

Menjunjung keberangkatan baginda di Kampus Sekolah Rendah ialah Pengetua JIS, Mr. Barnaby Sandow dan Pengetua Sekolah Rendah JIS, Mr. Paul Bannister.

 

Antara bilik darjah yang dilawati ialah bilik-bilik darjah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel dan

 

YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

 

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel akan memasuki Tahun 7 (Middle Years) dan menyertai 132 pelajar lain pada bulan Ogos ini.

 

Sementara itu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan beramah mesra bersama murid-murid

 

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), pra sekolah dan tenaga pengajarnya.

 

Sebelum berangkat balik, Kebawah DYMM berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra bersama

 

tenaga-tenaga pengajar, pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

 

JIS yang mula dibuka pada tahun 1997 merupakan sebuah sekolah antarabangsa, berorientasikan tradisi Sekolah British, yang menawarkan pembelajaran komprehensif, selain menyediakan program kegiatan kokurikulum dan kemudahan pembelajaran bertaraf dunia kepada para pelajarnya.

 

JIS kini mempunyai sekitar 1,650 pelajar antarabangsa berumur dari 2 hingga 19 tahun, di mana tenaga pengajar yang berkemahiran didatangkan dari Australia, China, Negara Brunei Darussalam, New Zealand, Perancis dan United Kingdom.

 

Sekolah tersebut memberi penekanan yang tinggi dalam bidang akademik dan melahirkan pelajar-pelajar yang

 

berkemahiran tinggi, di mana kebanyakan pelajarnya berjaya mendapat tempat di universiti-universiti terkemuka di luar negara.

 

Dengan keberangkatan Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri itu, sekali gus mencerminkan keprihatinan baginda berdua atas perkembangan pendidikan di negara ini dan seterusnya menyuntik motivasi para pelajar agar belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55