FacebookInstagramTwitterContact

 

6 Nutritious Sources Of Plant Protein For Vegans And Vegetarians           >>           Resveratrol Can Help Treat Alcoholic Fatty Liver Disease           >>           Tiktoker Remi Bader Reveals Before-And-After Of Fitness Transformation After Quitting Ozempic           >>           Sous Vide Machines Aren't Haute Cuisine, They're Millennial Crockpots — And That's Why They're Perfect           >>           Meta And Google Want To Make AI Deals With Hollywood Studios           >>           Phoenix Suns Co-Owner Among New Portland Thorns Investors           >>           Bayern Munich Close To Vincent Kompany Agreement – Source           >>           Fallen Giants Muangthong United Look On Their Way Back To Rejoining Thai Football's Elite           >>           Barcelona Won't Fear Real Madrid With Mbappé – Lewandowski           >>           USMNT's Pulisic Stars In Stripes As AC Milan Unveil New Kit           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Projek Ikan Pusu Hasil Pemain Berbakat


PROJEK Ikan Pusu terlibat dalam acara Football Fanfare Brunei DPMM FC pada bulan Mac 2018 yang lalu.

 


 June 24th, 2018  |  08:55 AM  |   960 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Projek Ikan Pusu (PIP), sebuah projek pembangunan bola sepak yang ditubuhkan sejak 2001 sehingga kini menghasilkan banyak pemain yang berpotensi dan mewakili pasukan-pasukan bola sepak tempatan juga pasukan kebangsaan.

 

Penyertaan dua pemain bola sepak muda berusia 12 tahun yang terpilih mewakili negara dalam Program Sosial Kanak-Kanak Antarabangsa Bola Sepak bagi Persahabatan (F4F) sempena Piala Dunia FIFA 2018 di Moscow, Rusia baru-baru ini setentunya satu pencapaian yang patut dibanggakan dan dapat membuka peluang ke arah meningkatkan sukan bola sepak di negara ini.

 

Pemain muda tersebut, iaitu Awang Muhammad Danish Izz Syahmi bin Md. Bahrin dan Awang Mohd. Danish Ataullah bin Md. Riduwan masing-masing adalah pemain PIP.

 

Program F4F yang disokong oleh Gazprom dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini dianjurkan sejak tahun 2013 khusus bagi pemain-pemain muda, yang mana daripada hanya lapan buah negara pada tahun 2013 sehingga 211 negara ikut serta pada tahun ini. Sejak lima tahun lalu, lebih 3,700 peserta menyertai program berkenaan.

 

Pengurus PIP, Cheah Swee Ming, menyatakan ia merupakan satu program khas untuk memotivasikan pemain-pemain muda khususnya di bawah 12 tahun. Ini adalah peluang keemasan yang diberikan oleh pihak penganjur dan Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) untuk pemain-pemain tempatan untuk mewakili negara di peringkat yang tinggi. Ini adalah satu penghormatan bagi Projek Ikan Pusu kerana dua pemain kami dipilih.

 

Terdahulu, semasa sesi undian terbuka yang dilaksanakan oleh pihak penganjur untuk menentukan posisi pemain setiap negara bagi menyertai 32 pasukan antarabangsa semasa program tersebut, Negara Brunei Darussalam jelasnya dipilih untuk menghantar pemain bagi posisi Penjaga Gol juga menjadi Young Journalist bagi melaporkan aktiviti-aktiviti program dalam rangka kerja Pusat Media Kanak-Kanak Bola Sepak bagi Persahabatan.

 

Menurutnya, Young Journalist itu dapat memberikan pendedahan dan keyakinan kepada pemain, di samping menjadikan mereka berdisiplin apabila berada di negara luar dan bertemu dengan pemain-pemain dari seluruh dunia.

 

''Apabila mereka pulang ke tanah air, mereka dapat membuka minda dan pandangan secara luas serta dapat membezakan standard pemain tempatan berbanding dengan negara yang sudah maju. Ini adalah peluang yang paling baik untuk mengukur tahap prestasi Negara Brunei Darussalam dan prestasi dunia''.

 

Sementara itu, Ketua Jurulatih PIP, Awang Haji Omar bin Haji Jamil pula melahirkan perasaan berbangga, di mana PIP yang ditubuhkan sejak tahun 2001 telah menghasilkan banyak pemain-pemain bola sepak yang kini mewakili Negara Brunei Darussalam dalam pasukan-pasukan kebangsaan daripada semua peringkat umur, termasuk sembilan pemain yang bermain bagi pasukan negara pada Piala Hassanal Bolkiah Kejohanan Bola Sepak bagi Belia ASEAN 2018 (HBT2018).

 

''Saya juga gembira menyatakan bahawa pemain-pemain bawah 12 tahun kohort 2018 pada masa ini merupakan yang terbaik kami ada sejak 2001. Saya menjangkakan piawaian ini akan terus meningkat dengan perhatian khusus diambil bagi mengembangkan kumpulan umur 5-10 tahun, dimana kualiti terbentuk,'' jelasnya.

 

Ketika ini, lebih 250 pemain daripada peringkat umur 5 hingga 18 tahun berdaftar dengan PIP.

 

Sejak penubuhannya, pemain-pemain PIP dari dulu hingga sekarang telah banyak mewakili negara dalam dalam kejohanan-kejohanan bola sepak dalam juga luar negara, antaranya mewakili Skuad Sukan SEA, menyertai Liga Super DST dan Piala Hassanal Bolkiah (HBT).

 

''Kami juga turut mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada NFABD kerana memberikan peluang-peluang ini sehingga kami mampu berkembang,'' jelas beliau.

 

Pengurus PIP berkata, ramai orang tidak tahu bahawa peringkat umur 5 hingga 10 tahun ini adalah masa yang paling sesuai untuk melatih kanak-kanak bermain bola sepak. Ini kerana mereka akan mempunyai kelebihan untuk lebih banyak belajar dan mengetahui teknik-teknik permainan berbanding jika mereka baru bermula daripada umur 12 tahun.

 

Buat kali pertama dalam sejarah Bola Sepak Brunei jelasnya, pasukan negara dalam HBT 2018 baru-baru ini berjaya mengalahkan pasukan Thailand dan menurut beliau, ini boleh dikatakan 'mindset shift' di Brunei Darussalam telah berlaku.

 

''Jika dulu apabila bertemu dengan pasukan Thailand - pemain kita akan berfikir 'habis lah', namun sekarang setelah berjaya mengalahkan Raja Bolasepak ASEAN itu, - bila jumpa lagi pemikiran sudah bertukar kepada "Brunei Yakin!", ujar beliau berbangga.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China's Drills Show It Really Doesn't Like Taiwan's New President

 2024-05-24 00:19:39

Mike Lynch Defends Himself In Autonomy Fraud Trial

 2024-05-24 09:52:47