FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelihara Bumi Daripada Kerosakan


''MENYEDARI betapa pentingnya peranan dan nilai sungai, maka negara kita telah mengambil langkah untuk sentiasa menjaga kebersihan sungai seperti melaksanakan pelancaran pembersihan Sungai Brunei dan projek penggunaan baik guna semula," demikian diterangk

 


 June 24th, 2018  |  09:03 AM  |   189 views

TUTONG

 

Antara nikmat penting yang wajib kita pelihara dan syukuri, iaitu nikmat Allah Subhanahu Wata'ala yang menjadikan bumi sebagai tempat tinggal manusia.

 

Oleh itu, tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk menjaga dan memelihara dengan sebaik mungkin, sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala melarang kita melakukan sebarang kerosakan di muka bumi ini sama ada kerosakan jiwa, harta benda dan alam sekitar.

 

Perkara tersebut antara yang terkandung dalam Khutbah Jumaat yang disuarakan oleh imam di semua masjid di seluruh negara hari ini.

 

Pada masa ini, banyak kerosakan dan kemusnahan alam sekitar yang dilakukan manusia yang tidak bertanggungjawab dan mengakibatkan pencemaran persekitaran, pencemaran udara, pencemaran sungai dan sebagainya.

 

"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menciptakan sungai untuk kepentingan bagi sekalian mahkluk di bumi ini, iaitu sebagai sumber kehidupan seperti makanan, perhubungan, rekreasi dan sebagainya.

 

Oleh itu, untuk menzahirkan rasa syukur atas nikmat tersebut, kita hendaklah sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai dari sebarang pencemaran.

 

Menyedari betapa pentingnya peranan dan nilai sungai, maka negara kita telah mengambil langkah untuk sentiasa menjaga kebersihan sungai seperti melaksanakan pelancaran pembersihan Sungai Brunei dan projek penggunaan baik guna semula," demikian diterangkan di dalam Khutbah Jumaat, kelmarin.

 

Di samping itu, juga diadakan inisiatif tanpa beg plastik untuk meningkatkan kadar penggunaan konsep guna semula, kitar semula dan pengurangan penggunaan plastik dan dengan tujuan mengurangkan jumlah sisa buangan plastik di negara ini, terang khutbah tersebut.

 

Dalam masa yang sama, ia menggalakkan penggunaan beg guna semula yang lebih mesra alam, di samping memupuk tabiat yang berunsurkan kehijauan dan dengannya akan wujudlah sebuah negara yang berkualiti selaras dengan Wawasan Negara 2035, jelas Khutbah Jumaat.

 

Walau bagaimana besar dan banyak usaha, projek dan inisiatif pihak kerajaan, ia akan menjadi sia-sia dan tidak akan tercapai jika tiada komitmen serta sokongan orang ramai terhadapnya, oleh itu orang ramai perlu ada rasa tanggungjawab, kesedaran dan kemahuan untuk menjaga kebersihan persekitaran kita kerana sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala amat mencintai kepada perkara yang cantik, indah juga bersih.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07