FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PASTIKAN ADAB, ETIKA SEMASA BERZIARAH


Khutbah Jumaat.

 


 June 24th, 2018  |  09:06 AM  |   317 views

TUTONG

 

Hari Raya Aidilfitri adalah kurnia Allah Subhanahu Wata'ala kepada seluruh umat Islam setelah selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dan kita sewajarnya bersyukur atas pengurniaan nikmat tersebut.

 

Pada hari raya, salah satu amalan dan budaya kita di negara ini ialah saling ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai.

 

Perkara tersebut antara yang terkandung dalam Khutbah Jumaat yang dibacakan di semua masjid di seluruh negara kelmarin.

 

Berziarah adalah amalan yang dituntut dalam Islam, yang patut dikekalkan dan dihidupkan kerana amalan ini mempunyai kelebihan yang tersendiri, ia bertujuan mengeratkan tali persaudaraan dan perpaduan sesama Islam, di samping menyemarakkan semangat untuk hidup bermasyarakat dan bernegara, terang khutbah tersebut.

 

Dalam khutbah tersebut, para ulama menjelaskan beberapa adab dan etika berziarah menurut yang dituntut oleh syarak, antaranya ialah memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah yang diziarahi.

 

Orang yang berkunjung hendaklah mengetuk pintu dengan perlahan sekira-kira boleh didengar oleh tuan rumah atau penghuni rumah, dan hendaklah tidak berdiri di hadapan muka pintu, seeloknya dia berdiri di sebelah kanan atau kiri pintu, ini bertujuan agar orang yang berziarah tidak terpandang sesuatu yag tidak wajar dilihat ketika tuan atau penghuni rumah membukakan pintu.

 

"Orang yang berziarah hendaklah memperkenalkan diri sebelum masuk, lebih-lebih lagi jika tuan atau penghuni rumah menghendaki sedemikian.

 

Sunat bagi orang berziarah meminta izin sebanyak tiga kali, jika tidak mendapat jawapan daripada tuan atau penghuni rumah, hendaklah dia balik dengan berlapang dada, ini kerana mungkin tuan atau penghuni rumah tidak ada dirumah atau belum bersedia menerima pengunjung," demikian dijelaskan dalam khutbah berkenaan.

 

Juga ditekankan dalam khutbah berkenaan, orang yang ingin berziarah hendaklah memilih masa dan waktu yang sesuai untuk berkunjung, elakkan berziarah pada waktu atau masa sembahyang fardu khususnya fardu Maghrib kerana waktunya amat terhad juga tidak berziarah pada waktu jauh malam kerana dikhuatiri tuan atau penghuni rumah tersebut tidak selesa dan belum bersedia menerima pengunjung dengan hati yang terbuka atau ingin berehat.

 

"Sebagaimana negara-negara lain, negara kita juga mengadakan sambutan hari raya dalam berbagai bentuk majlis seperti mengadakan rumah terbuka, sambutan hari raya di pejabat-pejabat.

 

Amalan ini adalah amalan yang berkebajikan kerana boleh mengeratkan silaturahim dan boleh menghimpunkan saudara mara yang jauh juga dekat, hubungan sahabat dan rakan semakin akrab.

 

Walau bagaimanapun, perlu diingat mengadakan rumah terbuka ini bukanlah menjadi satu kewajiban atau kemestian sehingga membebankan, dan hendaklah diadakan mengikut kemampuan masing-masing serta bersederhana.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07