FacebookInstagramTwitterContact

 

Kate Shares New Photo Of Smiling Charlotte To Celebrate Her Ninth Birthday           >>           Reginald The Cat Has A Filthy Habit For Stealing Underwear From Strangers           >>           Travis Kelce Makes Surprise Appearance At Pre-2024 Kentucky Derby Party           >>           Anna Nicole Smith's Daughter Dannielynn Birkhead, 17, Debuts New Look At Kentucky Derby           >>           Turmeric Extract Combats The Joint-Damaging Effects Of Arthritis           >>           Cranberries Prevent Cancer And Many Other Chronic Diseases           >>           Boeing Starliner Rolls Out To Launch Pad For 1st Astronaut Flight On May 6 (Photos)           >>           Parrots in captivity seem to enjoy video-chatting with their friends on Messenger           >>           Google prohibits ads promoting websites and apps that generate deepfake porn           >>           Threads Now Lets You Control Who Can Quote Your Posts           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jangan Tularkan Berita Palsu


 


 June 24th, 2018  |  09:09 AM  |   261 views

GADONG

 

Berikutan dengan penyebaran maklumat mengenai beberapa orang lelaki yang datang ke rumah-rumah dan mendakwa daripada Syarikat Air untuk memasang topi pancuran untuk menjimatkan air atau daripada Syarikat Elektrik untuk menukar mentol elektrik penjimatan tenaga secara percuma sebagai sebahagian program daripada kerajaan yang disebarkan melalui aplikasi media sosial WhatsApp, yang mana menyatakan juga mereka merompak menggunakan senjata.

 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menegaskan bahawa maklumat yang disebarkan dan ditularkan adalah tidak betul.

 

Maklumat di atas adalah insiden yang berlaku di Malaysia pada tahun 2016 rujukan 'http://malaysianewsss.blogspot.com/2016/10/hati-hati-jangan-biarkan-mereka- masuk.html?m=1'.

 

PPDB menasihati orang ramai supaya jangan sekali-kali terlibat dalam mengeluarkan dan menyebarkan maklumat-maklumat atau berita yang tidak sahih dan tidak berasas.

 

Selain itu juga diperingatkan agar tidak mudah mempercayai dan berasa cemas terhadap maklumat-maklumat yang disebarkan melalui laman sesawang atau mana-mana laman sosial media lain yang belum pasti kesahihannya.

 

PPDB tidak pernah memandang ringan terhadap penularan maklumat dan berita palsu. Sesiapa yang menyebar atau mereka maklumat dan berita palsu hingga mengganggu ketenteraman negara akan diambil tindakan undang-undang.

 

Kesalahan-kesalahan sedemikian boleh diambil tindakan di bawah perundangan Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34, iaitu sesiapa yang sama ada, menggunakan lisan atau tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan yang salah atau membuat kenyataan yang salah, yang boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh di penjara tiga (3) tahun dan denda sebanyak BND3,000.

 

Juga dalam Penggal 24 Akta Hasutan Seksyen 4 (1), iaitu sesiapa sahaja melakukan atau mencuba untuk melakukan atau menyediakan atau bersubahat untuk menjalankan hasutan; menggunakan perkataan yang merupakan hasutan; mencetak, menyiarkan, menjual, menawarkan untuk menjual, mengedarkan atau mencetak semula sebarang hasutan; serta membawa masuk sebarang warta yang berbentuk hasutan, kecuali dia tidak mempunyai sangkaan bahawa ia berbentuk hasutan.

 

Mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan sedemikian boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua (2) tahun dan denda BND5,000, bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan yang sama dilakukan seterusnya akan dikenakan hukuman penjara tiga (3) tahun dan denda, dan sebarang bentuk warta hasutan akan dirampas serta dimusnahkan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07