FacebookInstagramTwitterContact

 

Atletico Madrid Earn Narrow Win At Mallorca, Close In On UCL Spot           >>           Tim Howard Inducted Into U.S. National Soccer Hall Of Fame           >>           Unstoppable Haaland Nets Four As Man City Rout Wolves           >>           Dortmund Crush Augsburg 5-1 Ahead Of Champions League Semi-Final           >>           Ed Sheeran Hails Unlikely Ipswich Promotion From Miami GP           >>           Inside A 'Peaceful And Proud' Gaza Protest Camp At A UK University           >>           European Election: German Chancellor Scholz Condemns Attack On Matthias Ecke           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Ghanaians Party Big Time With Medikal At London O2 Concert           >>           North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Pendekatan Pengawasan Kejiranan Terus Giat Dilakukan


PENYERAHAN pamphlet kepada ketua-ketua Kampung Mukim Berakas A dan B.

 


 June 24th, 2018  |  09:12 AM  |   407 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dua program Pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) telah dikendalikan oleh dua Balai Polis berasingan di Daerah Polis Berakas dan Daerah Polis Tutong.

 

Mengetuai Balai Polis Berakas, Pegawai Menguasa Balai Polis Berakas, Penolong Penguasa Polis Muhd. Nurfairuz Nazri bin Salleh bersama anggota-anggota balai menjalankan pendekatan kunjungan Aidilfitri ke rumah-rumah Penghulu dan juga Pemangku Penghulu serta Ketua-Ketua Kampung Mukim Berakas A dan B.

 

Ahli-ahli PK juga hadir bersama bagi memeriahkan kunjungan tersebut yang Terdiri daripada PK Kampung Jaya Setia / Jaya Bakti/ Burung Pinggai dan Kampung Pancha Delima.

 

Program juga diselajurkan dengan penyerahan Pamphlet mengenai Langkah-Langkah Pencegahan Jenayah kepada Penghulu dan Pemangku Penghulu Serta Ketua-Ketua Kampung Mukim Berakas A dan B.

 

Selain itu, perkongsian bersama maklumat mengenai kejadian-kejadian jenayah yang dilaporkan pada masa ini dan juga peringatan bersama mengenai dengan langkah-langkah mencegah jenayah sepanjang musim perayaan ini.

 

Manakala, Balai Polis Tutong telah membuat kunjungan hari raya bersama Ketua Kampung Keriam /Pemangku Ketua Kampung Bukit Panggal, Haji Morsidi bin Haji Mahadi.

 

Rombongan diketuai oleh Sarjan Mejar 2150 Jaidin bin Abdullah berserta tujuh orang anggota dari Balai Polis Tutong.

 

Antara fokus utama pendekatan tersebut ialah menyerahkan sijil penghargaan kepada mantan-mantan ahli Pengawasan Kejiranan Kampung (PKK) bagi Kampung Keriam dan juga untuk menghadapkan nama-nama calon yang baharu bagi ahli PK Keriam.

 

Pendekatan seperti ini akan kerap diteruskan bagi mewujudkan jalinan kerjasama yang baik di antara Pasukan khususnya bersama Penghulu-penghulu, Ketua-ketua Kampong dan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07