Home > Bahasa Melayu
Sambutan Hari Raya PPPBD Eratkan Silaturahim
DYG Hjh Hafsah binti Hj Abdul Halim selaku tetamu kehormat di majlis tersebut
June 24th, 2018 | 09:14 AM | 550 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya di bulan Syawal ini, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) juga tidak ketinggalan dalam mengungkayahkan Sambutan Hari Raya bagi persatuan tersebut.
Sambutan Hari Raya tersebut berlangsung di Ibu Pejabat PPPBD, Kampung Anggerek Desa, Berakas, di sini.
Antara yang hadir, Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim dan ahli-ahli PPPBD.
Semasa sambutan tersebut, pelbagai aktiviti dijalankan bagi menguji pengetahuan am, kepanduan, kreativiti serta kemahiran asas kepanduan ahli-ahli belia persatuan di peringkat Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri, Pandu Puteri Ranjer dan Pemimpin Muda bagi persiapan untuk penyertaan dan penglibatan dalam sebarang kegiatan atau pertandingan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Sambutan berkenaan merupakan aktiviti tahunan PPPBD dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan perasaan muhibah dalam kalangan ahli PPPBD di semua peringkat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]