Home > Bahasa Melayu
Khidmat Katering Layani Citarasa Pengunjung
PERKHIDMATAN katering tidak kurang pentingnya dalam melayani acara keramaian termasuk sambutan hari raya.
June 25th, 2018 | 08:21 AM | 314 views
SERASA
Sudah menjadi kebiasaan di negara ini, sambutan Hari Raya Aidilfitri lazimnya diraikan dengan mengadakan rumah terbuka bagi keluarga yang berkemampuan bagi menjamu keluarga dan berhimpun mengeratkan silaturahim.
Perayaan hari kemenangan ini setentunya disambut dengan menghidangkan beraneka jenis makanan, kuih-muih serta minuman sebagai sajian menyambut keluarga, sahabat handai serta tetamu yang berkunjung ke rumah.
Pelita Brunei sempat bertandang menghadiri undangan rumah terbuka Awang Haji Esa bin Haji Kula dan Dayang Rohani binti Haji Abd. Hamid serta keluarga di Kampung Serasa di sini, yang menghidangkan pelbagai juadah raya dengan menggunakan khidmat katering.
Selain kesedapan yang utama, aspek mutu perkhidmatan yang diberikan juga perlu diambil kira.
Memang tidak dinafikan, khidmat katering sekarang ini amat popular dalam meraikan acara keramaian termasuk sambutan hari raya.
Selain menjimatkan masa, perkhidmatan katering ini juga diperlukan terutama sekali kepada mereka yang sibuk bekerja bagi memenuhi citarasa pengunjung.
Perlu juga diingat, apabila mengambil khidmat katering ini, kita harus bijak dalam mengurus perbelanjaan dan melayani para pengunjung, jangan sampai terjadi perkara yang tidak diingini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]