Home > Bahasa Melayu
Didik Anak-Anak Menabung Semasa Aidilfitri
DAYANG Nur Amal Aleya Natasha binti Shahril Nizam (kanan) ingin menggunakan duit tersebut untuk menyambung pembelajaran ke peringkat tinggi
June 25th, 2018 | 08:24 AM | 277 views
TUTONG
Pada musim perayaan Aidilfitri, pemberian duit raya sudah menjadi tradisi masyarakat di negara ini dan kanak-kanak merupakan golongan yang paling gembira menerima pemberian tersebut.
Namun duit raya yang diberikan seharusnya diurus dan dimanfaatkan dengan baik oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut dengan mendidik atau mendorong anak-anak mereka untuk menabung.
Dayang Syifaa Zahwa binti Selamat, salah seorang pelajar dari Sekolah Al-Falah ketika ditemui menjelaskan beliau sudah mendapat banyak duit raya setakat ini dan tambahnya kesemua duit raya tersebut akan disimpan oleh ibunya di salah sebuah bank di negara ini.
Menurut beliau, sedari dulu lagi, ibu bapanya telah mengajarnya untuk menabung bagi kegunaan pada masa hadapan.
Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Dayang Nur Amal Aleya Natasha binti Shahril Nizam, 9, dan seterusnya menjelaskan beliau ingin menggunakan duit tersebut untuk menyambung pembelajaran ke peringkat tinggi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]