FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jaga Adab Semasa Berziarah


ADAB serta sopan santun semasa menziarahi saudara mara perlu terus dipupuk dan diamalkan.

 


 June 25th, 2018  |  08:29 AM  |   440 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hari Raya Aidilfitri adalah hari di mana kaum keluarga dan sanak-saudara saling ziarah-menziarahi di antara satu sama lain.

 

Pada hari itulah semuanya berpeluang berjumpa setelah sekian lama tidak bertemu memandangkan pada hari-hari biasa sudah tentu semuanya sibuk dengan tugas masing-masing dan tidak sempat berjumpa.

 

Justeru pada hari mulia itulah digunakan oleh setiap orang untuk beramah mesra dengan kaum keluarga.

 

Dalam berziarah, perlu diingat akan adab-adab sopan semasa berada di rumah orang lebih-lebih lagi bagi mereka yang membawa anak-anak.

 

Walaupun elok membawa bersama anak-anak bagi diperkenalkan kepada saudara-mara namun ada peraturannya semasa berkunjung ke rumah orang.

 

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab untuk mendidik dan memberitahu anak-anak untuk menjaga tingkah laku.

 

Ini supaya tuan rumah berasa gembira dan ikhlas menerima kita sebagai tetamu dan janganlah dengan kehadiran kita dan anak-anak menyusahkan tuan rumah pula.

 

Patuh dan pilihlah waktu sesuai untuk berkunjung, tidak makan berlebihan serta tidak menyinggung hati tuan rumah melalui tingkah laku atau kata-kata yang diucapkan.

 

Dayang Hajah Imelda binti Haji Ahmad, 36, ibu kepada dua orang anak, berkata, beliau amat menjaga tata susila dan tingkah laku anaknya semasa pergi berziarah ke rumah saudara-mara atau jiran.

 

Katanya, awal-awal lagi semasa merancang hendak ke rumah orang, beliau akan memberitahu anak-anaknya akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

 

''Tidak kiralah anak lelaki ke anak perempuan, perangai dan adab kena jaga. Ini juga mencerminkan akan didikan kita sendiri. Jika perangai anak kita tidak baik, nanti dikata orang bahawa kita tidak pandai mendidik anak. Sebab itulah saya dan suami amat menitik beratkan akan perkara ini,'' katanya semasa ditemui Pelita Brunei di salah sebuah rumah terbuka di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba.

 

Beliau yang berasal dari Kampung Mentiri berkata, beliau dan suami biasanya akan membawa anak-anak mereka menziarah rumah  sanak saudara tidak kira yang tua, muda, miskin atau kaya.

 

Ini semua dilakukan supaya mereka mengenali saudara-mara dan jangan memilih rumah ketika berziarah.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07