FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Jalin Silaturahim Bersama Penghulu, Ketua Kampung


ANGGOTA Daerah Polis Tutong semasa mengadakan kunjungan hari raya ke kediaman Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai.

 


 June 25th, 2018  |  08:36 AM  |   963 views

TUTONG

 

Semangat kunjung-mengunjungi masih diteruskan dan umat Islam hari ini memasuki  10 Syawal.

 

Bagi memeriahkan hari kemenangan ini, anggota Daerah Polis Tutong tidak melepaskan peluang  mengadakan kunjungan hari raya ke kediaman Penghulu-Penghulu dan Ketua-ketua Kampung di daerah ini termasuk ke kediaman  Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji  Lahit selaku Penghulu Mukim Telisai.

 

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Polis, Awang Suhairi bin Haji Syukri dan disertai  oleh Pemangku Ketua Unit Perhubungan Awam selaku Urusetia Pengawasan Kejiranan, Ketua Inspektor Polis Awang Kifli bin Haji Mohd Daud bersama  lebih 15 anggota polis.

 

Antara rumah-rumah yang dikunjungi ialah kediaman Penghulu Mukim Pekan Tutong, Awang Haji Mumin bin Abdul Razak seterusnya kediaman Pemangku Ketua Kampung Danau, Awang Haji Abdullah bin Haji Mohd. Tahir dan  menziarah Ketua Kampung Telisai, Awang Haji Maidin bin Haji Abd Wahit @ Wahid.

 

Di sebelah petang, kunjungan diteruskan  di kediaman Ketua Kampung Lamunin, Mejar (B) Awang Said bin Haji Tinggal; kediaman Penghulu Mukim Kiudang, Awang Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin serta kediaman Ketua Kampung Birau, Awang Haji Burhanuddin bin Haji Hashim.

 

Kunjungan tersebut adalah salah satu program pendekatan Pengawasan Kejiranan yang kini giat dilaksanakan.

 

Dengan adanya usaha kunjung mengunjungi ini akan meningkatkan lagi kemesraan dan kepercayaan masyarakat terhadap polis.

 

Di samping mengeratkan hubungan silaturahim, ia juga dapat dijadikan sebagai satu langkah bagi menyatu padukan penduduk-penduduk kampung khasnya dan rakyat Negara Brunei Darussalam amnya dalam proses pembentukan negara yang aman dan harmoni.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07