Home > Bahasa Melayu
Suruhanjaya Tinggi Australia Rai Aidilfitri Bersama Penuntut Brunei
PESURUHJAYA Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, PYT Nicola Rosenblum semasa hadir bagi sama-sama merayakan sambutan hari raya bersama alumni Australia dan keluarga masing-masing.
June 25th, 2018 | 08:43 AM | 275 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Suruhanjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam pada Jumaat baru-baru ini telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilftiri di Radisson Hotel yang dihadiri lebih 100 alumni Australia dan keluarga masing-masing.
Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum, berkata majlis tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim penduduk Brunei yang menuntut di Australia.
"Kami bangga mempunyai komuniti alumni Australia yang berkembang pesat di sini, yang kebanyakannya menyumbang ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035 dalam pelbagai kapasiti," katanya.
Dalam pada itu, Australia adalah peneraju dunia dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan menjadi destinasi kajian yang popular kepada rakyat negara ini di semua peringkat pendidikan.
Sehingga kini, lebih 12,000 rakyat Negara Brunei Darussalam menuntut di Australia.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]