FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berikan Sokongan, Kerjasama Yang Padu


HADIR mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Kali Pertama Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-13, Tahun 2018 ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi.

 


 June 26th, 2018  |  08:47 AM  |   251 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Kali Pertama Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-13, Tahun 2018, antara lain membincangkan Laporan mengenai Persiapan dan Perkembangan Terkini daripada Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2018.

 

Hadir mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Attaqwa, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi.

 

Dalam ucapan alu-aluan, Yang Berhormat menekankan kepentingan bagi para Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2018 untuk sama-sama memberikan sokongan padu dan kerjasama melalui kaedah Whole Government Approach dalam pengendalian serta pelaksanaan Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2018 dengan lebih berkesan lagi bermakna.

 

Hari Belia Kebangsaan jatuh pada 1 Ogos setiap tahun, di mana para belia di negara ini berkumpul dengan tujuan bermakna.

 

Pengisytiharan Hari Belia oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi 1 Ogos dijadikan sebagai Hari Belia Kebangsaan adalah satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini.

 

Dalam usaha membangun belia di negara ini Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa memberikan perhatian yang penuh melalui penyediaan berterusan program-program pembangunan kapasiti, kemudahan-kemudahan prasarana, infrastruktur dan bantuan fisikal dan fiskal.

 

Selain daripada itu, Hari Belia Kebangsaan juga merupakan wadah kepada para belia untuk mengadakan perjumpaan khusus bagi menghargai sumbangan dalam pembangunan belia.

 

Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2018 bersetuju konsep sambutan berfokuskan pada kepimpinan dan keusahawanan.

 

Aktiviti pengisian yang dibincangkan, termasuk penganugerahan Anugerah Hari Belia Kebangsaan, format persembahan termasuk ikrar, video dan persembahan belia, perhimpunan belia dan aktiviti-aktiviti sampingan, termasuk Majlis Doa Kesyukuran.

 

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Tenaga dan Perindustrian, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw selaku Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Setiausaha-setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, KKBS, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; ketua-ketua jabatan kerajaan; dan Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei serta Majlis Wanita Brunei Darussalam.

 

Keahlian jawatankuasa melibatkan Timbalan Menteri Tenaga dan Perindustrian mencerminkan konsep Sambutan Hari Belia pada tahun ini yang memfokuskan pada keusahawanan yang turut melibatkan keahlian daripada sektor-sektor kerajaan lain dan NGO dengan penglibatan pelbagai pihak mengikut kaedah Whole of Nation ke arah pembangunan belia termasuk kepimpinan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48