FacebookInstagramTwitterContact

 

Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>           All The Celebrity Godparents You Didn't Know About           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>           Drake deletes AI-generated Tupac track after Shakur’s estate threatened to sue           >>           The FTC accuses Amazon of using Signal’s auto-deleting messages to erase evidence           >>           Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>           Trump Hush-Money Trial: His Mood And The Unveiling Of DA's Case           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Awas Panggilan Palsu Luar Negara


 


 June 27th, 2018  |  08:27 AM  |   295 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi (AITI) dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), hari ini, 12 Syawal 1439 Hijrah bersamaan dengan 26 Jun 2018 Masihi memperingatkan orang awam untuk berwaspada terhadap penipuan yang menggunakan telefon bimbit dan talian tetap untuk secara tidak jujur memperoleh maklumat peribadi dengan niat menyebabkan kerugian kewangan.

 

Sejak kebelakangan ini, didapati beberapa kejadian, di mana pengguna telefon menerima panggilan 'Pre-Recorded' dari nombor tempatan atau antarabangsa yang tidak dikenali dan menyamar sebagai pegawai penguatkuasa undang-undang atau agensi kerajaan. 'Pegawai' tersebut akan cuba mendapatkan maklumat peribadi atau menuduh awda terlibat dalam jenayah di luar negeri. Penerima panggilan seterusnya akan diminta untuk membayar wang bagi membersihkan nama awda. Panggilan ini didapati menggunakan beberapa bahasa, yang mana panggilan baru-baru ini menggunakan bahasa Mandarin.

 

Pihak Berkuasa mengingatkan orang ramai bahawa panggilan-panggilan yang diterima bukanlah daripada nombor yang tertera dalam skrin. Pemanggil-pemanggil sering menggunakan teknik yang menyembunyikan nombor sebenar panggilan tersebut dan membolehkan mereka meletakkan sebarang nombor untuk memperdaya orang ramai bahawa panggilan itu adalah daripada nombor tempatan. Disebabkan ini, adalah sukar untuk mengesan sumber sebenar panggilan tersebut. Beberapa negara sedang menghadapi cabaran yang sama dan Brunei Darussalam adalah tidak terkecuali.

 

Dengan itu, pihak berkuasa ingin menasihati orang ramai untuk :

 

a) Mengabaikan panggilan dari nombor yang tidak dikenali, sama ada tempatan atau antarabangsa.

 

b) Jangan mudah terperdaya jika menerima panggilan yang mendakwa daripada agensi-agensi penguatkuasa undang-undang antarabangsa; organisasi seperti Interpol tidak akan membuat panggilan terus untuk meminta maklumat peribadi.

 

c) Berhati-hati dengan panggilan dari nombor tempatan atau antarabangsa yang tidak dikenali. Sekiranya biskita menjawab panggilan tersebut, sila putuskan panggilan dengan segera. Orang ramai juga diingatkan tidak menghubungi semula nombor telefon yang diterima itu kerana ia mungkin adalah panggilan spam.

 

d) Jangan mendedahkan maklumat peribadi melalui telefon, terutamanya maklumat berkaitan dengan urusan bank. Ini juga termasuk :

 

- Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pasport;

 

- Nombor Kad ATM, Kad Debit atau Kad Kredit termasuk nombor-nombor CVC; dan / atau

 

- Nama Pengguna dalam talian (online username) atau kata laluan.

 

e) Jangan memindahkan atau melakukan 'remittance' dana kepada organisai-organisasi yang tidak dikenali atau individu di luar negeri. Pihak bank dan perniagaan-perniagaan pengiriman wang juga akan mengambil tindakan yang bersesuaian untuk menangani perkara ini, termasuk meningkatkan kesedaran pelanggan dan menjalankan usaha-usaha yang sewajarnya (due dilligence) apabila menjalankan urus niaga kewangan ke luar negeri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48