Home > Bahasa Melayu
Perkhidmatan Kaunter JPD Tutup Petang 30 Jun 2018
June 28th, 2018 | 08:05 AM | 338 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Kementerian Perhubungan memaklumkan kepada orang ramai bahawa semua perkhidmatan kaunter di semua bahagian pembayaran di Ibu Pejabat JPD Beribi, Jalan Gadong dan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan (VIC) serta di cawangan-cawangan JPD iaitu di Kompleks Latihan dan Ujian Memandu Litar JPD Sungai Akar; JPD Cawangan Daerah Brunei Muara (Pejabat Lama); JPD Cawangan Daerah Belait; JPD Cawangan Daerah Tutong; dan JPD Cawangan Daerah Temburong hanya akan dibuka pada sebelah pagi sahaja, iaitu mulai jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi, hari Sabtu, 30 Jun 2018 dan akan ditutup pada sebelah petangnya.
Penutupan tersebut adalah disebabkan Penutupan Pertengahan Tahun Kewangan Bank 2018.
Perkhidmatan Kaunter JPD akan kembali beroperasi seperti biasa mulai Isnin, 2 Julai 2018, jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.00 petang.
Jabatan tersebut memohon maaf di atas kesulitan yang mungkin akan dihadapi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]