FacebookInstagramTwitterContact

 

'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Pertukaran Belia Tingkatkan Persefahaman


ROMBONGAN belia negara dalam sesi bergambar ramai sebelum berlepas menyertai Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea.

 


 June 28th, 2018  |  08:15 AM  |   368 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 10 ahli delegasi negara bertolak ke Republik Korea bagi menyertai Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Korea selama 9 hari bermula hari ini.

 

Perwakilan belia yang menyertai program tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, mahasiswa dan mahasiswi serta graduan daripada Institusi Pengajian Tinggi, usahawan sosial dan Alumni Program Belia Cinta Tanah Air yang diketuai oleh Dayang Norulhoda binti Muhammad Iskandar selaku Ketua Rombongan.

 

Hadir di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat jalan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat.

 

Sepanjang  program yang bertemakan  "Youth Entrepreneurship' merangkumi perbincangan dengan belia Korea mengenai keusahawanan, di samping kunjungan hormat kepada 'Ministry of Gender Equality and Family', homestay bersama keluarga angkat, lawatan-lawatan pendidikan dan tempat-tempat menarik, pendedahan terhadap adat dan sejarah Republik Korea dan sebagainya.

 

Program berkenaan ditandatangani di bawah Perjanjian Persefahaman antara kedua-dua buah negara pada tahun 2010 yang antara lain bertujuan bagi membantu dan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara.

 

Menerusi usaha ini, kedua belah pihak percaya belia-belia akan memperoleh faedah daripadanya seperti persefahaman kebudayaan, ekonomi sosial dan politik.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06