Home > Bahasa Melayu
Pelantikan, Pertukaran Pegawai Kanan
June 28th, 2018 | 08:33 AM | 264 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan dan pertukaran pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Pegawai Daerah Temburong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Md. Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud menjadi Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), KHEDN.
Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut menjadi Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), KHEDN.
Timbalan Setiausaha Tetap (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam), Jabatan Perdana Menteri, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan ditukar ke KHEDN menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah).
Tarikh pelantikan dan pertukaran pegawai-pegawai tersebut berkuatkuasa mulai Khamis, 14 Syawal 1439 bersamaan 28 Jun 2018.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]