Home > Bahasa Melayu
Sambutan Hari Raya Pejabat Peguam Negara
PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh semasa hadir pada majlis sambutan hari raya Pejabat Peguam Negara.
June 28th, 2018 | 08:37 AM | 349 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam menyemarakkan suasana Aidilfitri di negara ini, Pejabat Peguam Negara (PPN) mengadakan Majlis Berhari Raya Bersama Yang Berhormat Peguam Negara di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Majlis tersebut dihoskan oleh Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh.
Turut hadir, Peguamcara Negara, Awang Haji Muhd. Yusree bin Haji Junaidi serta para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan PPN.
Majlis antaranya bertujuan untuk beramah-mesra dan bermaaf-maafan sambil mengeratkan hubungan silaturahim antara satu dengan yang lain dalam kalangan pegawai dan kakitangan PPN.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]