Home > Bahasa Melayu
Waktu Perkhidmatan Kaunter Pos Pada 30 Jun
June 29th, 2018 | 08:45 AM | 376 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Perkhidmatan Pos ingin memaklumkan orang ramai bahawa Penutupan Akaun Setengah Tahun bagi Bank-bank di Negara Brunei Darussalam bagi Tahun 2018 adalah pada Sabtu, 30 Jun 2018.
Sehubungan itu, waktu perkhidmatan kaunter bagi semua cawangan pos di Daerah Brunei dan Muara adalah bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Manakala cawangan-cawangan pos di Daerah Tutong, Belait dan Temburong akan ditutup pada tarikh berkenaan.
Kaunter perkhidmatan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 Julai 2018.
Jabatan ini memohon maaf ke atas sebarang kesulitan yang dihadapi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]