FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PPDB Tumpaskan Kegiatan Tidak Bermoral


BAHAN bukti yang diperoleh pada Operasi Serbuan yang dijalankan oleh Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

 


 June 29th, 2018  |  08:56 AM  |   326 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kegiatan yang tidak bermoral terbongkar dalam satu Operasi Serbuan yang dijalankan oleh Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

 

Dalam serbuan yang pertama, seorang wanita warganegara Vietnam, bernama Nguyen Thi Duy, berumur 33 tahun berjaya ditahan kerana dipercayai menjalankan kegiatan yang tidak bermoral dengan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan sejumlah bayaran. Suspek berkenaan menjalankan kegiatan tersebut di salah sebuah bilik penginapan Resthouse di kawasan Gadong.

 

Serbuan kedua dijalankan di sebuah hotel kawasan Bandar Seri Begawan dan berhasil menahan seorang wanita warganegara Vietnam, bernama Nguyen Thi Minh Hiep, berumur 34 tahun juga dipercayai terlibat menawarkan khidmat seks.

 

Turut ditemui oleh pihak Polis semasa pemeriksaan tersebut, beberapa bahan bukti seperti sejumlah wang tunai daripada bayaran-bayaran pelanggan serta kotak kondom di bilik berkenaan.

 

Hasil daripada maklumat yang diperoleh, PPDB dapat menahan seorang lelaki warganegara Vietnam, bernama Dang Van Hoa, berumur 32 tahun yang dipercayai sebagai 'bapa ayam'.

 

Setelah pemeriksaan dijalankan didapati bahawa beliau sendiri yang berhubung menggunakan telefon bimbit dengan 'umpan' melalui aplikasi media sosial Wechat dan menyatakan harga servis perkhidmatan seks serta tempat bagi melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut.

 

Ketiga-tiga suspek dan semua barang bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.

 

PPDB ingin menegaskan bahawa pihak berkenaan tidak akan bertolak ansur dalam membasmi kegiatan berunsur maksiat dan jika didapati terlibat, maka tindakan tegas akan dijalankan ke atas sesiapa sahaja yang menawarkan khidmat tersebut juga pelanggan berkenaan.

 

Dalam pada itu, PPDB juga menyarankan kepada masyarakat awam agar tidak terjerumus dengan sebarang kegiatan yang tidak bermoral ini kerana negara ini tidak pernah sekali-kali membenarkan unsur-unsur negatif sedemikian yang bertujuan untuk merosakkan sendi-sendi keharmonian masyarakat ini untuk bertapak di Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30