Home > Bahasa Melayu
Pengadil Tempatan Wakili Negara Pada Kejohanan AFF
PENGADIL FIFA, Awang Amdillah bin Zainuddin dan Penolong Pengadil FIFA, Awang Ali Faisal bin Rosli bergambar ramai bersama Pemangku Timbalan Presiden NFABD, Pengiran Haji Aliudin bin Pengiran Haji Tajudin sejurus sebeum berlepas ke Surabaya, Indonesia ba
June 29th, 2018 | 09:12 AM | 326 views
BERAKAS
Dua orang pengadil daripada Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) berlepas ke Surabaya, Indonesia bagi mengadili Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun 2018.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Timbalan Presiden NFABD, Pengiran Haji Aliudin bin Pengiran Haji Tajudin.
Para pengadil tersebut terdiri daripada Pengadil FIFA, Awang Amdillah bin Zainuddin dan Penolong Pengadil FIFA, Awang Ali Faisal bin Rosli.
Awang Ali Faisal ketika ditemui berkata, mereka membuat persiapan bagi mengadili kejohanan tersebut dengan menjalani latihan kecergasan dan mempelajari undang-undang permainan bola sepak kejohanan.
Kejohanan itu dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 14 Julai nanti.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]