Home > Breaking News
Berkenan Hantar Titah Perutusan Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
July 28th, 2018 | 08:43 AM | 411 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-66.
Di dalam titah perutusan kepada Kebawah DYMM King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun, Raja Thailand, Kebawah DYMM penuh yakin bahawa di bawah kepimpinan Kebawah DYMM, Negara Brunei Darussalam dan Thailand akan terus menikmati persahabatan akrab yang telah sekian lama wujud dan seterusnya berharap akan dapat bekerja rapat bersama baginda dalam memperkukuhkan lagi pertalian yang sangat berharga dan hubungan di antara rakyat masing-masing di tahun-tahun mendatang.
Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, baginda berharap semoga Kebawah DYMM King Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun dan kerabat diraja akan sentiasa beroleh kesihatan dan kebahagiaan berpanjangan dan rakyat Thailand terus menikmati keamanan dan kemakmuran.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]