FacebookInstagramTwitterContact

 

What Happened To The Women Who Took On The Taliban?           >>           Sean Lowe And Catherine Giudici Warn Bachelor Couples Not To Fall Into This "Trap"           >>           Healing Coach Sarit Shaer Reveals The Self-Care Tool That's More Effective Than Positive Thinking           >>           Could Nearby Stars Have Habitable Exoplanets? NASA's Chandra X-Ray Observatory Hopes To Find Out           >>           US Military Reportedly Used Social Media To Spread Anti-Vax Propaganda In The Philippines           >>           US Military Reportedly Used Social Media To Spread Anti-Vax Propaganda In The Philippines           >>           One Of The Biggest Games On Steam Right Now Is… A Clickable Banana           >>           Pakistan And Ireland Await A Damp Finish In Florida           >>           Copa América: Nothing Will Be Easy For Argentina – Messi           >>           Euro 2024: Switzerland Captain Xhaka Plays Down Rift With Coach           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Belia Hebat Beri Kesempatan Belia Suarakan Pendapat


 


 August 26th, 2018  |  10:45 AM  |   265 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Negara Brunei Darussalam dan Sambutan Hari Belia Antarabangsa (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu), kumpulan Dynamic Action, Program Eksekutif Muda, Civil Service Leadership Pipeline dan Duta Bahasa Negara Brunei Darussalam menganjurkan satu program dinamakan sebagai Program Belia Hebat.

 

Para peserta yang terdiri daripada golongan belia berkesempatan untuk mengadakan pelbagai aktiviti luar, antaranya ialah mengenali sejarah nama-nama Kampong Ayer, mengayuh beca, aktiviti kumpulan dan kepimpinan, bertempat di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.

 

Para peserta juga menghadiri kelas kemahiran pengucapan awam yang disampaikan oleh Duta Bahasa, Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit yang dilantik bagi Tahun 2018, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan.

 

Selepas itu, mereka dibawa melawat ke studio-studio stesen radio, Radio Televisyen Brunei bagi menyaksikan sendiri bagaimana juruhebah-juruhebah menggunakan bahasa Melayu di dalam bidang penyiaran.

 

Antara matlamat program tersebut ialah untuk memberikan kesempatan kepada para belia menyuarakan pendapat dan saranan mereka bagi memastikan persekitaran yang selamat untuk belia.

 

Ia selari dengan tema Sambutan Hari Belia Antarabangsa pada tahun ini, iaitu 'Safe Spaces for Youth'. Sambutan Hari Belia Antarabangsa disambut pada 12 Ogos setiap tahun.

 

Program tersebut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi memeriahkan lagi Sambutan Bulan Bahasa yang membawa tema 'Bahasa Melayu, Bahasa Kita'.

 

Pelbagai kegiatan dirancang oleh Duta Bahasa, khususnya dalam pemerkasaan bahasa Melayu kepada golongan belia di negara ini, antaranya ialah program Belia Hebat, kelas kaligrafi rumi, kelas kaligrafi jawi dan kelas pengucapan awam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

What Happened To The Women Who Took On The Taliban?

 2024-06-16 02:13:34

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27