Home > Bahasa Melayu
Kes Pecah Rumah : Seorang Lelaki Diberkas
August 26th, 2018 | 10:51 AM | 204 views
BERAKAS
Balai Polis Berakas menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk rumah di kawasan Kampung Lambak Kanan, Berakas.
Mohamad Zulhaji bin Haji Abd. Alim, 29 tahun, disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan dengan dibacakan pertuduhan atas kesalahan di bawah seksyen 380 Akta Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Pihak Mahkamah meluluskan permohonan bagi suspek untuk ditahan reman di sel tahanan Polis bagi siasatan lanjut sehingga sebutan kes selanjutnya pada 28 Ogos ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]