FacebookInstagramTwitterContact

 

Evan Peters Confirms Romance With Girlfriend Natalie Engel           >>           Ashley Benson Calls Out Speculation She Used Ozempic After Welcoming Baby           >>           NASA's Perseverance Mars Rover Enters New Red Planet Territory: 'Bright Angel'           >>           Meta Makes The Threads API Available To All Developers           >>           Fisker Is The Latest EV Startup To Declare Bankruptcy           >>           Amazon's Affordable Pharmacy Program Rxpass Opens Up To Medicare Users With Prime           >>           Haris Rauf On Confrontation Video: 'When It Comes To Family, I Will Not Hesitate To Respond Accordingly'           >>           Finally On The Big Stage, Baartman Soaks Up The Pressure And Shines           >>           Look Ma, It's The Super Eight!           >>           Heather Knight: 'Our Best Chance To Inspire Is To Win Big Competitions'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


IHP Jun 2018 Meningkat 0.2 Peratus


 


 August 26th, 2018  |  10:54 AM  |   613 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Jun 2018 meningkat sebanyak 0.2 peratus tahun-ke-tahun berbanding dengan bulan Jun 2017.

 

Harga makanan dan minuman ringan mencatatkan peningkatan sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun. Manakala, harga bukan makanan mencatatkan penurunan sebanyak 0.2 peratus tahun ke tahun.

 

Peningkatan IHP bagi bulan Jun 2018 sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh peningkatan harga dan kos makanan dan minuman ringan (1.9 peratus); pendidikan (1.8 peratus); restoran dan hotel (1.2 peratus).

 

Walau bagaimanapun, ia diimbangi oleh penurunan harga dan kos pakaian dan kasut (4.5 peratus); pengangkutan (1.0 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (0.7 peratus).

 

Harga makanan dan minuman ringan meningkat berikutan peningkatan harga minuman ringan selaras dengan pelaksanaan Perintah Duti Import Kastam (Pindaan) (Bil.2) 2017 dan Perintah Duti Eksais (Pindaan) (Bil.2) 2017 yang berkuat kuasa mulai 1 April 2017.

 

Manakala itu, peningkatan kos pendidikan adalah mengambil kira peningkatan kadar yuran sekolah rendah dan menengah swasta yang terpilih. Peningkatan indeks restoran dan hotel pula adalah disebabkan oleh peningkatan bagi harga makanan terpilih di restoran makanan segera, kantin dan tempat-tempat makan yang lain.

 

Bagi perubahan bulan ke bulan, IHP bagi Jun 2018 menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding dengan bulan Mei 2018. Indeks harga makanan dan minuman ringan menurun sebanyak 0.6 peratus; manakala indeks bukan makanan menurun sebanyak 0.4 peratus.

 

IHP mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan.

 

Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperoleh melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga.

 

Laporan penuh IHP bagi bulan Jun 2018 boleh diperoleh melalui laman sesawang JPKE : 'www.jpke.gov.bn'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Japanese State Visit Will Skip Downing Street

 2024-06-19 00:24:01

Boeing Boss Admits Culture 'Far From Perfect'

 2024-06-19 01:09:29