Home > Bahasa Melayu
129 Kakitangan KSSUP Terima Agihan Daging Korban
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima.
August 26th, 2018 | 11:50 AM | 401 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Banyak kelebihan dan manfaat yang diperolehi ibadah korban ialah kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berkorban iaitu sebanyak bulu binatang yang dikorbankan, darah korban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wata'ala akan memperoleh kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak bahkan rezeki kita menjadi berkah serta menjauhkan diri daripada sikap tamak dan menjaga tali silaturahim.
Daripada kelebihan dan manfaat itu, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan di bawahnya bersama Jabatan Perhutanan dan Bahagian Pusat Penyelidikan dan Inovasi Biodiversiti petang tadi mengadakan ibadah korban bagi meraih keberkahan itu dengan mengorbankan tiga ekor kerbau yang berlangsung di Dewan Seri Pahlawan, KSSUP di sini.
Pengagihan daging-daging korban disempurnakan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong kepada 129 kakitangan KSSUP.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan takbir Hari Raya beramai-ramai.
Majlis diteruskan dengan penyampaian daging-daging korban kepada kakitangan yang berhak menerima.
Turut hadir, Setiausaha Tetap KSSUP, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua dan pegawai-pegawai kanan serta kakitangan KSSUP dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]