FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lidah Sejarah 1 Dan Lidah Sejarah 2 Karya Marsidi Bin Omar Muncul Juara


MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama kategori 'A'

 


 August 26th, 2018  |  11:54 AM  |   443 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hasil karya lukisan Awang Marsidi bin Omar bertajuk Lidah Sejarah 1 dan Lidah Sejarah 2 masing-masing dipilih sebagai juara Kategori A dan Kategori B Peraduan Seni Lukis Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-72 Tahun 2018.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah pada majlis yang berlangsung di Galeri Seni, Dermaga Diraja ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Tempat kedua Kategori A diraih oleh Awang Haji Dayang bin Haji Mutalip dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Muhammad Syafiq bin Abdul Nasir.

 

Bagi Kategori B pula, tempat kedua disandang oleh Awang Osman bin Bakir dan tiada pemenang berjaya meraih tempat ketiga.

 

Manakala dalam Kategori C, tiada pemenang bagi tempat pertama, tempat kedua pula diraih oleh Dayang Batrisyah Arifah binti Osaman dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Syazwi bin Syamri.

 

Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Peraduan Seni Lukis, Dato Paduka Ar. Haji Idris bin Haji Abas menyatakan bahawa peraduan tahun ini adalah tahun yang ke-13 ianya dianjurkan dengan membawa tema utama 'Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta'.

 

"Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini insyaaAllah, akan dapat memberikan peluang kepada pelukis-pelukis tempatan dan penuntut sekolah bagi bergiat di bidang seni lukis dan mempamerkan bakat-bakat mereka kehadapan dan juga ke dunia antarabangsa", ujarnya.

 

Pemenang tempat pertama, Awang Marsidi bin Omar ketika ditemu bual menjelaskan telah terlibat dalam bidang seni lukis lebih 30 tahun dimana beliau bukan hanya minat melukis namun menganggap ianya sebagai mata pencarian.

 

Menurutnya, dengan tema yang diberikan untuk peraduan tersebut, timbul idea untuk menghasilkan satu lukisan gabungan 50 potret Kebawah DYMM yang mengimbau nostalgia zaman pemerintahan Kebawah DYMM dan beliau berjaya menghabiskan lukisan tersebut dalam masa satu bulan.

 

Beliau juga melahirkan perasaan terharu melihat perkembangan positif daripada pelukis-pelukis muda tempatan yang mempunyai kemahiran yang hebat dalam seni lukis dimana mereka ini nanti akan menjadi pelapis satu hari nanti.

 

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dan seramai 37 penyertaan diterima tahun ini iaitu 19 orang untuk Kategori A dengan tajuk 'Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam - 50 Tahun Menaiki Takhta', sembilan orang menyertai Kategori B iaitu dengan tajuk 'Imej-imej Jubli Emas' dan sembilan penyertaan bagi Kategori C dengan tajuk 'Belia dalam Jubli Emas'.

 

Karya lukisan pemenang telah disembahkan Kehadapan Majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 29 Julai lalu iaitu pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah di Daerah Brunei dan Muara.

 

Peraduan seni lukis ini telah dibukakan penyertaannya bermula 7 Mei hingga 7 Julai 2018.

 

Pameran Seni Lukis kini dibukakan untuk kunjungan orang ramai sehingga 6 September depan. Waktu lawatan ialah antara jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat, waktu lawatan ialah antara jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi, 2.30 petang hingga 4.30 petang dan masuk adalah percuma.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48