FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


DYTM, YTM Berangkat Saksikan Penyampaian Hadiah


YANG Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim semasa berkenan dijunjung bagi bergambar ramai bersama pemenang-pemenang

 


 August 26th, 2018  |  12:00 PM  |   806 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Terbuka Brunei 2018 di Dewan Serbaguna, The Centrepoint Hotel, Gadong, di sini.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dijunjung oleh Presiden Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam, Awang Haji Antin bin Ahad dan Pengerusi Kejohanan, Imay Hendra.

 

Juga berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

 

Pada kejohahan tersebut, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim mendapat tempat ketiga bersama Muhamad Ridwan Ramdani bagi Kategori Perseorangan Lelaki Di Bawah Umur 14 Tahun.

 

Sementara itu, tempat pertama disandang oleh Mohd. Hakem Rahimee bin Bakar setelah berjaya mengalahkan Dessen Chung Min Tin dengan 'rubber set', 16 - 21, 21 - 8 dan 21 - 10.

 

Hadiah-hadiah disampaikan oleh pemain profesional dari Indonesia, Taufik Hidayat selaku tetamu jemputan.

 

Sebelum berangkat balik, DYTM berkenan menerima pesambah daripada Taufik Hidayat.

 

Kejohanan tersebut turut menyaksikan Perlawanan Akhir bagi Kategori Perseorangan Lelaki Di Bawah Umur 18 Tahun; Kategori Perseorangan Lelaki Terbuka; Kategori Beregu Lelaki 'A'; Kategori Beregu Lelaki 'B'; Kategori Beregu Wanita; Kategori Beregu Campuran dan Kategori Beregu Veteran.

 

Ia adalah anjuran West Lake Tyres dengan disertai oleh seramai 366 pemain tempatan dan luar negara yang diadakan selama lapan hari bermula 18 sehingga 25 Ogos.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48