Home > Bahasa Melayu
Jaga Keselamatan Kampung Cegah Kegiatan Jenayah
ANGGOTA polis bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan membuat rondaan di salah sebuah lokasi di Daerah Tutong.
August 27th, 2018 | 08:50 AM | 273 views
TUTONG
Pihak polis dengan kerjasama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan (PK) telah mengadakan rondaan pencegahan jenayah di dua buah kampung di daerah ini kelmarin.
Dalam rondaan pertama, penglibatan Balai Polis Tutong bersama ahli-ahli PK Kampung Kupang disertai oleh Setiausaha PK Kupang, Awang Haji Mokti bin Haji Rauf.
Rondaan berkenaan dimulakan dengan taklimat ringkas disampaikan oleh Sarjan Mejar 2150, Jaidin mengenai kes-kes jenayah yang dilaporkan berlaku di kampung tersebut baru-baru ini diikuti dengan rondaan pencegahan yang di jalankan di sekitar kawasan perkebunan kampung tersebut hingga ke Jalan Ikas Bandung Kupang.
Di sebelah malam pula, anggota Balai Polis Lamunin turut melaksanakan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli PK Kampung Panchong.
Rondaan pencegahan jenayah secara berjalan kaki dan menggunakan kereta itu diketuai sendiri oleh Ketua Kampung Panchong, Awang Muhd. Shah Asnawi bin Abd. Rahim bersama 'focal point' PK Balai Polis Lamunin, Lans Koperal 5781 Mohammad Amirul bersama anggota-anggota balai.
Kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli PK bersama pihak polis itu adalah satu inisiatif yang digalakkan dalam objektif utama ke arah menjaga keselamatan kampung masing-masing agar bebas dari sebarang kegiatan jenayah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]