FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Golongan Belia Disaran Hayati Sejarah Brunei


YANG Di-Pertua PESEBAR, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa melancarkan buku 'Politik Kesultanan Brunei 1804-1906 : Mengharung Badai Rahmat di Pantai'.

 


 August 27th, 2018  |  09:06 AM  |   442 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam khususnya golongan belia disaran untuk sentiasa mengetahui dan menghayati sejarah Brunei kerana ia banyak memberi pengajaran dan ikhtibar bahkan menjadi panduan dan rujukan supaya tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

 

Yang Di-Pertua Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR), Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim menyarankan perkara itu pada Majlis Pelancaran "Buku: Politik Kesultanan Brunei 1804-1906: Mengharungi Badai Rahmat di Pantai" yang berlangsung di  Kediaman Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail, di Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan, hari ini.

 

Dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Yang Di-Pertua PESEBAR, Dr. Haji Awang Mohd. Yussop bin Haji Awang Damit, Yang Di-Pertua PESEBAR seterusnya menyentuh tentang titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa sambutan Hari Keputeraan Baginda yang Ke-72 Tahun yang telah mengisytiharkan supaya sejarah Islam dijadikan mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan di negara ini.

 

Dengan mempelajari sejarah Islam tambahnya, kita dapat menghayati tentang perjuangan junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan umat Islam di masa lalu dalam mengharungi cabaran-cabaran untuk menyebar dan menegakkan agama Islam yang maha suci itu.

 

Menurutnya, dengan mempelajari dan menghayati peristiwa-peristiwa yang telah dialami dan dilalui oleh umat Islam di masa lalu itu akan dapat meningkatkan semangat dan kesedaran kita dalam menjalankan ibadah dan tanggungjawab kita seharian, selain menerapkan kefahaman dan menggalakkan hubungan baik dalam kalangan berbagai bangsa, agama dan budaya di negara ini.

 

Yang Berhormat percaya dengan membaca dan menghayati peristiwa-peristiwa sejarah akan meninggikan semangat kecintaan dan patriotism kita terhadap negara dan bangsa serta akan mempertahankannya daripada segala ancaman.

 

Terdahulu itu, dalam ucapan alu-aluan Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol selaku Penulis Buku, antara lain menjelaskan tentang buku tersebut yang mana Brunei pada abad ke-19 telah berhadapan dengan cabaran politik yang paling hebat iaitu apabila kuasa Barat khususnya kuasa British telah datang menguasai  sebuah wilayah Brunei.

 

Menurutnya, inilah yang dijadikan topik buku mengharungi badai yang menggambarkan bahtera Brunei yang belayar di lautan luas sedangkan berhadapan dengan pukulan ribut dan angin yang kuat.

 

Pada majlis tersebut, Yang Di-Pertua PESEBAR juga telah melancarkan "Buku: Politik Kesultanan Brunei 1804-1906: Mengharungi Badai Rahmat".

 

Buku setebal 194 halaman itu merupakan hasil karya Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol dan Awang Haji Mohsin bin Abu Bakar yang diterbitkan oleh PESEBAR dan mempunyai lima Bab yang mengisahkan mengenai perkembangan politik Brunei dari tahun 1804-1906.

 

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut bolehlah ke Kedai Buku Pusat Sejarah di Bandar Seri Begawan semasa waktu pejabat dibuka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08