Home > Bahasa Melayu
Kumpulan Insan Seni Laksanakan Ibadah Korban
TETAMU kehormat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim kepada Pengerusi Bersama, Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yas
August 27th, 2018 | 09:16 AM | 286 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam sama-sama memuliakan dan meraikan Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Kumpulan Insan Seni tanah air kelmarin mengadakan Majlis Ibadah Korban Insan Seni 2018 sempena Sambutan Aidiladha yang diadakan di rumah kediaman penggiat seni tanah air, Pengiran Hajah Maskuin binti Pengiran Haji Mohammad.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang kemudian diteruskan dengan pengagihan daging korban kepada ahli-ahli keluarga Kumpulan Insan Seni dan 14 peserta korban yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
Tahun ini, sebanyak dua ekor kerbau dikorbankan bagi majlis tersebut.
Majlis merupakan kali ketiga diadakan oleh kumpulan berkenaan, yang antara lain bertujuan bagi menyemarakkan lagi hari-hari kebesaran Islam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]