FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MS ABDB Muncul Juara Lumba Perahu Relay Sukan Air Belia 2018


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyampaikan hadiah kepada Juara Lumba Perahu Katergori 500 meter, 10 Pekayuh Lelaki.

 


 August 27th, 2018  |  09:24 AM  |   463 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB) muncul juara bagi Acara Lumba Perahu Relay sementara naib juara dan tempat ketiga dari Pasukan Tamoi Bersatu (PTB) dan Pasukan Mukim Saba.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Sukan Air Belia 2018 yang berlangsung di Perairan Taman Mahkota Jubli Emas (Jeti Darussalam) ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii; Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin yang juga selaku Pengarah Urusan Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

 

Acara tarik Kalat 4 Wanita dijuarai oleh Pasukan Care manakala Pasukan MS ABDB dan PTB masing-masing mendapat naib juara dan tempat ketiga.

 

Juara bagi acara Labi-Labi Single disandang oleh Awang Sharizan dari Pasukan Kampung Setia, menyandang naib juara dan tempat ketiga ialah dari Pasukan Mukim Saba, Awang Fadzirul Aiman dan Awang Azwan.

 

Bagi acara Lumba Perahu Fiberglass 15 Pekayuh Lelaki dijuarai oleh pasukan MS ABDB sementara Pasukan Mukim Saba muncul naib juara dan tempat ketiga ialah PTB.

 

Sementara juara acara Kayak Lelaki Single disandang oleh Awang Asnawi Ashrin dari Pasukan Care manakala menyandang naib juara dan tempat ketiga ialah dari Pasukan Dolpin, Awang Md. Sharul bin Haji Yahya dan Awang Haji Sharbini Mustafa.

 

Acara Kayak Double Lelaki dijuarai oleh Awang Mohammad Azizi Shafie dan Awang Haji Khudzairi dari Pasukan Kayak Tamoi manakala Awang Haji Mohd. Ray Doney Daud dan Awang Ashnal Ashria dari Pasukan Care menyandang naib juara dan tempat ketiga ialah Awang Md. Hamzah Rosli dan James John Gardiner dari Pasukan Dolfin.

 

Juara acara Kayak Wanita Single ialah Dayang Nazatul binti Haji Isa dari Pasukan Dolfin, Dayang Aimi Sahira Aqilah Haji Awang Sabtu dari Pasukan Kayak Tamoi menyandang naib juara dan tempat ketiga ialah Dayang Izzul Lina binti Zainal dari Pasukan Lela Cheteria.

 

Acara Kayak Wanita Double dijuarai oleh Dayang Haslina binti Haji Abu Bakar dan Dayang Nur Ayu Qistina binti Abdullah Acharang dari Pasukan Care manakala naib juara ialah Dayang Nur Hasparinah Aspar dan Dayang Nurarizzah binti Md Hassim dari Pasukan Dolfin dan tempat ketiga ialah Pasukan Lela Cheteria yang terdiri dari Dayang Norhatinie Panjang dan Dayang Haslinawati Hassan.

 

Manakala acara Lumba Perahu 6 Orang Wanita dijuarai oleh Pasukan Lela Cheteria, pasukan MS ABDB dan PTB menyandang naib juara dan tempat ketiga.

 

Juara Lumba Perahu 10 Orang Lelaki dimenangi oleh Pasukan Mukim Saba diikuti naib juara dari Pasukan PTB dan MS ABDB di tempat ketiga manakala Lumba Perahu 15 Orang Lelaki dijuarai oleh Pasukan MS ABDB, naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Pasukan Mukim Saba dan PTB.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08